CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Thursday, December 25, 2008

Keputusan PMR 2008

Kepada calon - calon yang mengambil Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) pada tahun 2008, keputusan akan dikeluarkan pada hari Selasa minggu hadapan iaitu 30hb.12.2008.

Wednesday, December 17, 2008

Kenapa Tuhan Menjadikan Kita

Apakah tujuan kita diciptakan? Tuhan tidak menjadikan kita ini sia-sia. Dia mencipta manusia untuk menjadi pemimpin di dunia ini. Kita juga dicipta bertujuan supaya mengabdikan diri kita kepadaNya semata-mata. Setiap makhluk adalah hambaNya, maka setiap hamba wajib mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Satu daripada tugas kita ialah menuntut ilmu. Sebagai manusia, kita perlu berilmu. Setiap ilmu/kebolehan itu perlu dipelajari dan digilap. Jadi, kita perlu belajar dan terus belajar. Ada perkara yang mesti atau wajib kita pelajari iaitu ilmu agama. Dalam ilmu agama, kita sebut fardu ain. Kita belajar asas fardu ain (solat, puasa, zakat, haji dll). Kita boleh mendalami ilmu agama ini, contohnya dalam bidang taranum Al Quran, hadis dsb.

Ilmu-ilmu lain pula adalah fardu kifayah. Ia adalah menjadi tanggungjawab masyarakat. Mesti ada sebilangan ahli masyarakat yang mempelajari ilmu-ilmu ini seperti ilmu kedoktoran, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya.

Selain itu ada bidang-bidang lain yang boleh kita pelajari, antaranya adalah seperti berikut :

  • Akademik - bahasa (BM, BI), SN, MT, SEJ, GEO, KH, PJ dll.
  • Ilmu Mempertahankan Diri - Silat, Tomoi, Kungfu dll.
  • Kesenian - Alat Muzik seperti Gitar, Piano, Drum dll.
Pilihlah bidang ilmu yang kita minat yang tidak bercanggah dengan agama. Yang penting ia berfaedah untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat.

Saya percaya tidak ada seorang pun daripada kita yang mempunyai ilmu/kemahiran dalam semua bidang. Contohnya seorang yang serba boleh seperti berkebolehan bermain semua alat-alat muzik, pandai semua sukan, boleh berlakon pelbagai watak dan menyanyi dengan baik, petah bercakap, mahir dalam beberapa bahasa (BM, BI, bahasa Arab) dll.

Seseorang itu mungkin mempunyai hanya satu atau beberapa ilmu sahaja dan bukan semuanya. Mungkin ada sebilangan kecil yang mempunyai banyak kemahiran. Tetapi dalam masyarakat, ada orang yang pandai satu bidang dan ada orang pandai dalam bidang-bidang lain. Manusia bekerjasama untuk hidup bersama-sama... Yang pandai mengajar yang tidak pandai. Yang tidak pandai kenalah belajar daripada mereka yang pandai.

Perkara asas, semua orang mesti tahu dan perlu belajar. Dari kecil, kita telah belajar mengenal huruf A, B, C, - Z dan nombor 1, 2, 3 ... Kita belajar menulis, mengeja, membaca, mengira, mengenal perkataan, membuat ayat dsb. Apabila besar, kita belajar pelbagai ilmu dan kemahiran lain seperti sukan, bertukang, komputer, memasak, menggosok dan banyak lagi.

Dari tadika masuk ke sekolah rendah, kemudian masuk ke sekolah menengah. Jika keputusan bagus, tukar ke aliran teknik, atau masuk kolej/maktab dan kita belajar pelbagai ilmu lain pula. Lepas SPM/STPM, jika cemerlang kita berpeluang belajar di universiti.

Bukan setakat belajar di sekolah sahaja, kita boleh belajar secara tidak formal dengan memerhati di sekeliling, mengikuti kuliah di TV/radio atau di masjid, membaca buku dan bertanya dengan orang yang pandai. Yang penting sumber ilmu itu betul dan daripada guru-guru yang benar...

Cubalah bayangkan betapa banyaknya ilmu yang ada. Kita cuma perlu belajar dan terus belajar. Tuhan memberikan anugerah ilmu dan kepandaian kepada manusia. Dengan memori yang Tuhan bagi dan segala nikmatnya itu, kita harus gunakan ia ke jalan yang Tuhan redai. Ia adalah untuk kebaikan kita juga.

Jika kita tidak belajar, bagaimana kita nak dapat kepandaian? Orang tua berpesan kita semua mesti belajar sampai mati. Di alam pekerjaan, kita juga akan belajar. Apabila kita mati, maka terputuslah segalanya melainkan 3 perkara yang kita bawa iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan & doa anak yang soleh... Sebab itulah menuntut ilmu itu penting!

Setakat ini dulu yang dapat saya kongsikan bersama kali ini. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikatakan... Insya allah kita sambung lagi cerita kita di lain masa...

Sunday, December 14, 2008

Kenangan Gayong

Assalamualaikum wrt brt.., saya anak Gayong Malaysia. Di sini, saya ingin tunjuk slide show Sejarah Silat Gayong untuk semua ahli PSSGM.



Al - Fatihah untuk Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman, Allahyarham Dato' Haji Ahmad Bin Lazim dan Allahyarhamah Siti Kalsom (Anak Dato Meor).., semoga rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi.

Thursday, December 11, 2008

Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidiladha

Hari Ahad yang lepas iaitu 7 Disember 2008, kami sekeluarga balik kampung di Pekan, Pahang termasuk dengan Mak Andak. Kami bertolak dari rumah pada pukul 8 pagi. Di dalam perjalanan, cuaca agak mendung dan gelap. Tak lama kemudian, hujan pun turun dengan lebat. Pada hari itu.., hujan turun dengan lebat dari pagi hingga malam tanpa henti - henti.

Kami tiba pada pukul 2 petang, di rumah wan terdapat ramai saudara mara termasuk keluarga masing - masing seperti; keluarga Ayah Andak, keluarga Ayahda, keluarga Paklang, keluarga Pakcu dan 2 saudara kecil iaitu Uteh & Ilya. Mereka juga ingin beraya di rumah wan.. Keluarga Pakcik Fik & Makngah Huda tak ada..., mereka tak beraya di sini.

Pada pukul 5 petang, sebuah lori muncul dengan membawa seekor lembu untuk dikorbankan hari esok (Isnin). Banyak aktiviti yang aku lakukan seperti tolong orang tua untuk membuat persiapan untuk esok, bersembang - sembang dengan saudara mara iaitu tanya mengenai sekolah, bagaimana duduk asrama, jalan - jalan sekitar kampung dan sebagainya.

Keesokan harinya, selepas solat sunat hari raya aidiladha, kami sekeluarga beraya di rumah Maklang. Selepas beraya di rumah Maklang, beberapa orang kampung datang untuk sembelih lembu. Aku tak tengok orang sembelih lembu secara dekat - dekat kerana ketika itu hujan masih turun. Aku tengok dari jauh - jauh, setelah selesai sembelih lembu.., daging diagih - agihkan kepada setiap orang untuk membuat masakan.

Pada petang itu, aku ke rumah Mak Andak Ma dan bermalam di situ. Pada malamnya, aku sempat buka emel di rumah Mak Andak dan bermain game FIFA 08 bersama - sama dengan saudara mara. Pada keesokan harinya, aku ke rumah Toklang kerana ada majlis tahlil. Aku lihat Pakcik Yus iaitu salah seorang tahanan lanun kapal Melati 5, wajahnya ceria kerana dia telah selamat dan bertemu dengan keluarganya. Di rumah Toklang, selepas tahlil., aku makan nasi berlauk + fresh oren.

Selepas makan, kami sekeluarga balik ke rumah wan untuk bersiap - siap pulang. Saat itu, aku berasa sedih untuk tinggalkan rumah wan.., aku tak berasa puas tinggal disana lagipun ada ramai saudara mara dan pelbagai kemudahan seperti Astro & Internet. Kami bertolak pada pukul 4:30 petang.., kami berhenti di perhentian iaitu R & R Seremban pada pukul 8:40 malam. Kami sampai di rumah pada pukul 10:30 malam.., alhamdulillah kami tiba dengan selamat.

Wednesday, December 10, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam khususnya buat ibu bapaku, saudara mara, pak saudara / mak saudara, aki, wan, dan sebagainya.


Pixel Code Graphics



Thursday, December 4, 2008

Hari Raya Haji 2008

Salam ukhwah kepada semua yang membaca blog ini...

Pengumuman untuk Umat Islam..,
Hari Raya Haji / Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Isnin minggu hadapan iaitu 8hb.Disember.2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429 Hijriah. Ucapan saya ialah " Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam "

Perubahan Secara Fizikal, Mental & Emosi.

Individu yang mempunyai sifat - sifat seperti; lambat datang sekolah, lambat datang kerja, sering kena sound dengan guru / bos, sering tidur dalam kelas, malas senaman / riadah, jarang solat, malu nak berkomunikasi / berinteraksi dan sebagainya.

Ubahlah sebelum anda terlambat ! Anda perlu ubah bukannya orang yang tolong kita ubahkan anda. Jika ketika muda, kita sering lakukan perkara yang sama., dan apabila sudah tua sangat sukar untuk kita nak ubah kerana tabiat kita sudah biasa lakukan ketika kecil.

Ada sebuah kisah.., Haikal (bukan nama sebenar) mempunyai sifat - sifat yang saya sebut tadi. Suatu hari, dia mendapat keputusan dan mendapati keputusannya merosot sehinggakan ibu bapa risau dengan anak - anak mereka. Haikal mendapati badannya lemah dan sakit - sakit badan belakang. Kerana apa? Kerana dia malas pergi jogging. Dan pada saat itulah..,dia cari punca dia kenapa keputusannya merosot padahal sebelum ini sangat cemerlang. Akhirnya dia tahu apa puncanya?

Dan saat itulah dia ingin berubah.., dia kecewa dan sedih dengan perbuatannya itu. Kita perlu mempunyai keazaman untuk berubah. Tanamlah diri kita untuk berubah. Sehari demi sehari, dia berubah seperti solat 5 waktu wajib tak tinggal, bangun pagi awal, sering pergi jogging dan sebagainya. Contohnya hari ini, kita nak ubah diri kita untuk berkomunikasi dengan kawan - kawan, masyarakat. Jika hari ini kita gagal.., jangan berputus asa ! Kita perlu berusaha sehingga kita yakin kita boleh ubah seperti orang yang berjaya dalam hidup.

Perubahan perlukan masa, bukannya hari ini kita boleh buat semua sekali. Kepada ibu bapa, anda perlulah bersabar dengan tingkah laku anak - anak dan perlu memberi peranan kepada mereka supaya berubah.

Insya allah, mereka akan ubah secara fizikal, mental dan emosi.

Saturday, November 29, 2008

Rahsia Pelajar Cemerlang

Hai, kembali bersama saya Adam Hanif. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan anda semua. Tajuk hari ini adalah 'Rahsia Pelajar Cemerlang'.

Saya mempunyai kawan yang bernama Amin.., dia adalah salah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Di sekolah.., dia digelar "Tokoh Pelajar" dan dikenali ramai. Setiap tahun.., dia sering mendapat straight A's & masuk dalam majalah sekolah.

Mungkin Allah beri dia banyak kelebihan.., tidak seperti orang lain. Di sekolah, kawanku sering banyak main - main di dalam kelas, tidak beri perhatian ketika guru sedang mengajar dan sebagainya. Anda tau apa rahsianya??

Saya akan bongkarkan kepada anda semua.., apakah rahsianya? Walaupun dia banyak bermain di sekolah., namun dia seorang yang pandai dan cemerlang. Ketika hampir - hampir periksa, saya jarang nampak dia berbincang, study / buat kerja kumpulan iaitu study group.

Saya pelik dengan sikap dia, di dalam dewan peperiksaan.., dapat sahaja kertas soalan terus jawab. Apabila saya tanya dia.., apa rahsia anda untuk menjadi pelajar cemerlang?

Katanya sungguh senang dan mudah. Amin cakap dekat saya bahawa dia tak takut gagal & tak takut periksa". Bila saya cek kertas objektif OMR dia.., semuanya dia jawab A. Kadang - kadang jawab B, kenapa dia jawab semua soalan A & B. Kerana dia yakin bahawa dia boleh dapat A 100%.

Dia bagi nasihat dekat saya.., kalau nak jadi pandai / cemerlang, ikutlah tips dia. Bagi saya, ia adalah 1 risiko yang tinggi. Jika anda berani.., anda buatlah apa yang dikatakan.

Jalan - Jalan Di Bandar Utama Bersama Pak Saudara Ketika Cuti Sekolah

Hari ini.., aku bawa Pakcu, Pak Andak, Amir & Faris gi jalan - jalan di sekitar Bandar Sri Damansara dan Bandar Utama(OU). Cadangnya nak cari buku mengenai buku komputer dekat kedai - kedai Bandar Sri Damansara. Tapi tidak ada 1 pun buku mengenai buku komputer. Kami cari buku komputer di merata - rata tempat di Bandar Sri Damansara.

Aku pun buat cadangan.., aku cakap dekat Pakcu " nak tak cari kedai buku yang terbesar?? " Pakcu jawab 'nak'.., dekat mana? jauh ke tak? Aku jawab kedai tu namanya MPH dekat One Utama. Aku tak kisah nak pergi mana - mana pun.., asalkan tau jalan. Betul tak?

Akhirnya dapat juga Pakcu beli 2 buah buku yang bernama buku komputer. Alhamdulillah.., akhirnya dapat juga Pakcu beli buku.

Saudara Mara Datang Rumah

Semalam adalah hari Jumaat, keluarga Mak Andak, keluarga Makcu termasuk Wan dari Pekan, Pahang datang ke rumahku ketika cuti sekolah. Mereka ke sini dengan 2buah kereta. Mereka tiba di sini pada pukul 4 petang.

Friday, November 28, 2008

Duduk Rumah Tok Ketika Cuti Sekolah

Aku dan adik - beradikku cuti di rumah tok aku belah mak di Wangsa Melawati pada hari Selasa malam sehingga hari Jumaat ketika cuti sekolah. Kami bercuti disana selama 4 hari 3 malam.. Di sana, kami menolong ayahwan & tok buat kerja seperti; beli barangan dapur di kedai, tolong jaga saudara umi dsb.

Pada waktu malam, aku seperti biasa.. aku akan ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib & Isyak secara berjemaah. Aku suka solat di masjid kerana mendapat pahala yang banyak & bagaikan tempat syurga..

Waktu pagi pula, selepas solat subuh., aku pergi jogging untuk mengambil udara segar & nyaman.. Jika kita jogging / riadah, badan kita akan sihat dan cergas. Aku sudah biasa dengan aktiviti - aktiviti ini kerana aku sering lakukan di rumah aku sendiri.

Sunday, November 23, 2008

Ulangtahun Perkahwinan


Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ayahku yang ke - 17. Kami adik beradik menghadiahkan Kek Strawberi Coklat kepada ibu & ayah..

Semoga berbahagia dan diberkati Allah. Aminnn...

Saturday, November 22, 2008

Persembahan Gayong Perdana di USM

Kepada semua ahli PSSGM, PSSPGM & ANGKATAN PERANG.., dijemput hadir ke persembahan Gayong Perdana di USM pada 29hb November 2008. Lagi ramai anak gayong, lagi bagus..

Jumpa di sana..

Perbezaan Pelajar - Pelajar Cemerlang Pada Zaman Dulu Berbanding Sekarang

Mengikut secara psikologinya, pada zaman dahulu.. ramai pelajar lelaki yang bijak - bijak belaka / cemerlang berbanding perempuan. Kini segalanya berubah, ramai pelajar perempuan yang cemerlang dalam akademik contohnya seperti; Nur Amalina Che Bakri mendapat 17A1 dalam SPM pada tahun 2004. Pelajar lelaki hanya segelintir sahaja.., kira - kira 5 - 6 orang. Kenapa?

Sedangkan di dalam konsep Islam.., lelaki haruslah menjadi seorang pemimpin. Kenapa pelajar - pelajar lelaki kurang cemerlang pada zaman sekarang? Kerana mereka mudah terjebak di dalam kumpulan haram seperti; mat rempit, black metal & sebagainya.

Biasalah sifat remaja mempunyai emosi seperti ingin mencuba benda yang baru. Sehinggakan mereka terpengaruh ingin menghisap rokok., kemudiannya dadah & lain - lain. Tidak kiralah sama ada lelaki / perempuan, semuanya sama sahaja. Pada masa itulah, mereka sering keluar malam, melepak, dan melupakan pelajaran.

Pergi sekolah lewat.., dalam kelas tidur.. kerana apa? Kerana mereka keluar pada waktu malam sehinggakan tidak dapat tidur dengan secukupnya di rumah. Otak pun jadi jem.., apa yang cikgu ajar tak masuk. Bagi individu yang hisap dadah, biasanya mereka yang mengambil dadah seperti 'ice baby' ketika hampir - hampir periksa. Kerana kata rakannya, ice baby boleh menyenangkan.. Jadi dia pun ambil dadah tersebut., pada hari ke - 31 confirm gila.

Apa nak jadi dengan budak sekarang?? So, berhati - hatilah memilih rakan. Lebih - lebih lagi, kawan karib. Nasihat saya "Jadilah Orang Yang Berguna Pada Masa Depan", "Bijak Memilih Rakan" & "Jangan Buang Masa Kerana Masa Itu Emas".

Nantikanlah tajuk episod saya iaitu "Keruntuhan Akhlak" pada masa akan datang...
Insya'allah...

Wednesday, November 19, 2008

Sayangilah Ibu.

Ibu mempunyai tanggungjawab yang besar.., menjaga anak sejak dari kecil sehingga dewasa. Dialah yang melahirkan kita.. bagi anaknya makan, minum, pakaian,tempat tinggal yang selesa, dan sebagainya.Cubalah adik - adik bayangkan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu.Setiap ibu ingin anaknya berjaya apabila dewasa kelak.

Ketika kita kecil, pelbagai karenah kita inginkan seperti; mainan, hadiah, pakaian dan lain - lain. Ibu sanggup membeli barang yang kita inginkan ketika kita kecil.Bukan ibu sahaja yang kita perlu sayang tetapi juga ayah.. Kita perlu sayang ibu kerana syurga terletak di kaki ibu.

Dan apabila dewasa.., kita lupakan ayah & ibu. Kenapa??
Sedangkan mereka yang membesarkan kita dari sejak kecil hingga dewasa. Setengah orang yang masih sayangkan kedua ibu bapanya.., sebaliknya mereka lupa jasa ibu & ayah. Kenapa ini terjadi?? Mereka lebih percaya kepada rakan - rakannya daripada ibu & ayah.

Bayangkanlah adik - adik, pada suatu hari kita sedang sibuk dengan aktiviti kita sehingga lupa kepada kedua - dua ibu bapa kita. 1 hari.., hati kita berasa tidak sedap hati. Apabila sampai di perkarangan rumah.., kita nampak ramai orang berpakaian baju melayu manakala perempuan berbaju kurung. Keluar saja dari perut kereta, hati kita terus berdebar - debar..

Apabila adik - adik masuk rumah, adik ternampak 2 orang sedang baring di ruang tamu., manakala yang lainnya sedang baca surah Yassin.. Dan saat itu barulah kita nak bersedih kerana kehilangan ibu & ayah. Mak.., Ayah..., kenapa engkau pergi tanpaku.. Kenapa?? Sedangkan kita banyak dosa / bersalah kepada kedua - dua ibu bapa kita. Ya Allah.., kenapa engkau mengambil nyawa kedua ibu bapaku.. sedangkan mereka tidak berdosa.

Dan saat itu, perangai kita berubah.., terkenangkan kenangan ibu & ayah. Sedih rasanya, kecewa dengan sikap kita yang banyak buat salah.. Tak guna kita menyesal apabila sudah terlambat.. Ucapan saya kepada semua masyarakat SAYANGILAH IBU & AYAH KETIKA MASIH ADA, DOAKANLAH KEDUA - DUA IBU & AYAH KITA dan JANGANLAH MELAWAN KATA - KATA IBU & AYAH.

Sunday, November 16, 2008

Cuti Sekolah Bermula

Musim cuti sekolah telah bermula pada hari Sabtu iaitu 15hb November 2008 sehingga 4hb Januari 2009.Sekolah akan dibuka pada hari Isnin iaitu 5hb Januari 2009.

Wednesday, November 12, 2008

Penggunaan Assalamualaikum

Sila ambil perhatian. Jangan gunakan lagi singkatan A'kum bagi Assalamualaikum. Jika panjang gantikan dengan perkataan SALAM sahaja yang sama makna dengan Assalamualaikum.

Singkatan A'kum adalah gelaran orang Yahudi, bagi orang bukan Yahudi dan ertinya BINATANG dalam bahasa Ibrani.Ia singkatan perkataan "Avde Kokhavim U Mazzalot" yang bermaksud "Hamba - Hamba Binatang & Orang Sesat".

Wallahu'alam..

Thursday, November 6, 2008

Kejohanan Pencak Silat 2008

Kepada ahli PSSGM & PSSPGM, dijemput hadir ke majlis Kejohanan Pencak Silat di Pulau Pinang pada hari Khamis 27hb/11/2008.

Dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut..

Thursday, October 30, 2008

Kemasukan SMT 2009

Kepada pelajar-pelajar PMR 2008 yang ingin menyambung pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik pada tahun 2009, boleh memohon secara online mulai sekarang. 


Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Januari 2009

Keterangan lanjut, sila layari http://www.moe.gov.my.

Thursday, October 23, 2008

Filem Kung Fu

Sedutan filem Kung Fu lakonan Jackie Chan daripada YouTube.
Klik http://www.youtube.com/v/BBi2udFHY-Q&hl=en&fs=1 atau tengok video di bawah.

Tuesday, October 21, 2008

Pertunjukan Silat

Aku menerima mesej daripada saudara segayongku pada hari isnin. Dia mengajak aku join silat untuk buat pertunjukan silat depan pengantin pada hari Jumaat ini di Masjid Al-Muttaqin,Wangsa Melawati. Aku tak pasti sama ada aku dapat datang atau tidak? Kerana aku tak ada transport..

Katanya , jika aku tidak sibuk.. dia suruh aku datang Sabtu atau Ahad ni di Wangsa Maju untuk training silat dengan mereka.

Monday, October 20, 2008

Selamat Hari Raya

Walaupun hari ini dah 20hb Syawal, saya yakin anda masih beraya, betul tak? Kita beraya sebulan.. Jadi, di kesempatan ini, walaupun dah nak habis raya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam terutamanya ayah, ibu, adik-adik, sanak-saudara, dan teman-teman. Saya memohon maaf andainya saya ada terkasar bahasa atau telah menyinggung hati semua.


Kepada adik-adik, janganlah terlalu main mercun kerana mercun boleh membawa padah..dan kepada para pemandu "berhati-hatilah ketika memandu", "biar lambat asalkan selamat".

Akhirnya, dapat juga aku menulis ucapan ini.. sebenarnya aku dah lama nak tulis ucapan ini kerana masa itu aku sibuk.

Sunday, October 19, 2008

Apakah Aktiviti Lepas PMR?

Selama 1 minggu dari 13/10 - 17/10 PMR berlangsung, kini ramai pelajar tingkatan 3 telah merdeka kerana habis PMR baru-baru ini. Apa aktiviti mereka?

Meluangkan masa dengan keluarga? Bermain? Bercuti? dan sebagainya. Sebenarnya kita perlu bijak membahagikan masa kerana "Masa itu Emas". Ada sebuah kisah seorang pelajar tingkatan 3 bernama Idris. Baru-baru ini dia telah habis PMR. 3-4 hari, dia begitu asyik bermain sehinggakan lupa pada dunia seperti tidak solat, tidak makan, tidak buat kerja-kerja harian dan sebagainya.Tak salah jika kita bermain.. tetapi kita perlu ingat dunia ini. Apa yang penting, kita perlu laksanakan perintah Allah.. kemudian jika hendak bermain, mainlah..

Contoh aktiviti-aktiviti lepas PMR adalah seperti menyertai Kem-Kem Motivasi, bercuti bersama keluarga, meluangkan masa bersama keluarga dan sanak saudara, beraya dan lain-lain. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh kita buat. Cuma kita sahaja yang tidak sedar.

Dengan ini, kita dapat banyak kesan positif. Badan sihat minda cergas. Tak kiralah periksa apa pun - UPSR, PMR, SPM.. semuanya sama. Habis je periksa.. lupakan pelajaran, salah tu!!

Masa nak main.. main. Waktu belajar.. belajar.. itulah cara membahagikan masa. Pesanan saya adalah "Jadilah orang yang berguna pada keluarga, masyarakat juga negara" & ingat, "Pelajaran itu adalah penting untuk masa depan".

Beraya Rumah Adik-Beradik Wan

Hari ini adalah 19hb Oktober 2008 bersamaan 19 Syawal 1429H. Pada waktu pagi, kami sekeluarga bersarapan di Restoran Kasturi. Lepas sarapan, kami ke IKEA untuk membeli beberapa peralatan barangan rumah. Ibuku membeli bakul sampah, besi penggantung banju, kerusi kecil untuk adikku, cermin untuk bilik air dan lain-lain.

Petang ini, kami bercadang hendak pergi beraya rumah adik-beradik Wan (Pahang) iaitu; Wan Cik di Putrajaya,Wan Teh di Bukit Badong dan Wan Car di Seri Gombak.

Maklumlah baru habis PMR baru-baru ini...

Jalan-Jalan Lepas PMR 2008

Pada hari Sabtu iaitu 18/10/2008, kami sekeluarga pergi rumah terbuka jiran kami di Bandar Sri Damansara. Kemudian kami ke rumah nenek di Wangsa Melawati untuk menjemput mereka pergi ke rumah pengantin lelaki menantu Aki Mi di Ampang.

Pada petangnya kira-kira pukul 6 ptg, aku mengikut tok aku, pak ngah, tok su.. pergi ke gerai makanan seafood yang dikenali Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan di Port Klang. Keluargaku tak dapat ikut kerana ayah aku tidak sihat. Kami tiba di sana pada pukul 8:55 malam.

Restoran itu terletak di tepi pantai. Sebelum makan, kita perlu pilih jenis-jenis ikan apa yang kita nak makan. Bukan ikan sahaja malah sotong, ketam, udang dan lain-l ain. Kemudian barulah order nak masak apa. Contohnya, ikan siakap masak kari, sotong masak cili dsb.

Kami makan di sebuah meja bulat seramai 8 orang terdiri daripada tok, tok su, pak ngah, hafiy, iwan, kak emy, amir termasuk aku. Malam itu, aku makan pelbagai jenis makanan laut seperti ikan pari bakar, ikan siakap, tomyam udang, sotong goreng tepung, sup sayur dgn nasi putih + air fresh oren. Kemudiannya, aku makan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Suasana di situ sungguh aman dengan bunyi ombak.. Ramai pengunjung yang datang menikmati makanan laut di restoran itu. Kami pulang ke rumah pada pukul 10 suku dan samapi kira-kira 11.50 malam. Itulah kenangan aku jalan-jalan makan seafood bersama tok.

Hari Raya Aidilfitri 2008

Pada 30hb September 2008,kami sekeluarga balik kg Melaka..Tibanya di sana kira-kira pada pukul 10.30 pagi.

Petangnya, aku mengikut Tok Li untuk mengambil lemang yang telah dipesan di Simpang Ampat. Sampai kat sana, ramai pelanggan yang menunggu... ada yang datang dari jauh katanya, jadi pak cik lemang meminta kami datang semula selepas berbuka. Pada malamnya aku mengikut Tok Li sekali lagi,untuk mengambil lemang. Kami balik selepas lemang siap kira-kira jam 9.30 malam! Tok Li cakap harga sebatang lemang hanya RM5. Pak cik ini hanya membuat lemang atas permintaan pelanggan yang kenal dia sahaja...

Pagi raya, kami bersolat sunat aidilfitri di masjid Sg. Petai. Solat bermula jam 8.30 pagi. Sebelum solat, imam memberi panduan solat raya. Selepas solat dan khutbah, ada sedikit tahlil dan acara pemberian sumbangan duit raya untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. Kami keluar selepas khutbah sebab kereta ayah aku letak menghalang kereta lain di tepi jalan. Ayah aku bimbang nanti orang lain tak dapat keluar kalau kami lambat.

Kemudian kami ikut beraya di rumah nenek saudara ibu aku di rumah berhampiran. Selepas itu ke rumah keluarga suami Tok Cik. Kami singgah beraya di rumah tok guru mengaji ibu aku. Kami ziarah kubur Moyang Amah, kemudian beraya ke rumah Tok Ngah Yahya... Kami makan mi goreng di rumah Tok Ngah... Akhir sekali kami ke rumah Tok Ngah Piah. Kami tak pergi rumah Tok Cik Rahim sebab tak ada orang.

Pagi raya kedua pula, kami ke rumah Tok Lan. Lepas tu cadangnya nak beraya di rumah Tok Busu dan Tok Long... Tak ada orang! Jadi, kami berpatah balik dan singgah di rumah Tok Cik Rahim.. Kami dihidangkan sup kambing. Ketika kami dah nak balik, tok dan ayah wan baru sampai rumah Tok Cik Rahim. Ayah wan dan tok balik Melaka lepas solat raya di KL kerana menunggu Pak Ngah Faisal... Pak Ngah Faisal terpaksa bekerja pada malam raya.

Selesai beraya di rumah saudara mara di Melaka, kami bersiap-siap bertolak ke Pahang. Pukul 5 petang dari Alor Gajah melalui Selandar, Gemenceh dan Gemas. Sebelum Segamat, masuk simpang kiri arah ke Kuantan. Tiba di Muadzam Shah pada kira-kira jam 8 malam dan tiba di kampung jam 9 malam.

Jumaat, ramai saudara mara abah datang beraya. Lepas Isyak, kami beraya ke rumah baru Mak Andak Ma di Nenasi.... besar dan luas rumah Mak Andak. Aku bermain mercun dan bunga api bersama Fakhruddin dan Faris di laman rumah mereka...

Sabtu, selain beraya ke rumah saudara mara abah, kami ke majlis kahwin anak Ketua Kampung dan ke majlis bertunang sepupu abah. Sabtu malam, kami bersiap menunggu kepulangan P’cik Yus... Mereka lambat sampai sebab singgah di rumah Wan Car di KL, kemudian ke rumah saudaranya di Kuantan dan Pekan. Pak Cik Yus lebih sebulan ditahan sebagai tebusan! Dia salah seorang anak kapal Melati 5. Dia jurutera marin... Ada ceritanya dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan Harian Metro...

Pagi Ahad, Pakda dan Makda sekeluarga tiba di kampung. Kira-kira 11 pagi, kami bertolak balik ke KL melalui Muadzam Shah ke arah Kuala Pilah. Kami sampai di Ulu Bendul jam 3 petang dan sampai di PJ kira-kira jam 5 petang. Kami singgah solat sebentar di Seksyen 14. Kami selamat tiba rumah dah pukul 6 lebih. Alhamdulillah. Walaupun kereta banyak tetapi perjalanan lancar dan OK...

Saturday, September 6, 2008

Etika Menulis

Baca ringkasan etika menulis sebagai panduan di sini.

Tuesday, September 2, 2008

10 Tips tingkatkan keyakinan diri

Berikut adalah tips yang aku catit dari sebuah buku yang sangat baik sebagai panduan kita semua. Nanti aku cuba dapatkan nama buku itu... kalau jumpa. Berkongsi ilmu itu sangat dianjurkan.

"1. FIKIRKAN BOLEH

Tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini. Segalanya boleh terjadi dengan usaha dan cubaan tanpa henti. Jangan mengalah sebelum mencuba. Malah kamu tidak akan berasa rugi kerana mencuba. Sekurang-kurangnya kamu boleh berbangga dengan diri sendiri kerana kamu berbeza dengan individu lain di dunia ini. Kelebihan kamu yang paling nyata ialah kamu berani mencuba dan berfikiran positif. Sematkan di minda dan hati bahawa kamu boleh melakukannya.

2. TIDAK BERJAYA, BELUM TENTU GAGAL!!

Jangan cepat melabel diri sebagai seorang yang GAGAL! Kesannya amat buruk sekali. Dalam hidup ini,kegagalanlah yang menjadikan seseorang itu berjaya hingga ke akhirnya jika ia di pandang dari sudut positif. Malah ramai individu yang berjaya di dunia ini bermula dengan kegagalan. Kenapa perlu takut untuk gagal? Kamu seharusnya menggunakan kegagalan itu sebagai pemangkin kepada kejayaan akan datang. Jangan takut gagal ya.

3. BERDIKARI

Sekiranya kamu menggilai kejayaan,hindari diri dari terlalu bergantung dengan orang lain. Setiap manusia di dunia ini mempunyai kelebihan tersendiri. Kamu juga tidak terkecuali malah tanpa kamu sedari sebenarnya kamu memiliki kelebihan tersendiri yang mampu membawa kamu mengecap erti sebuah kejayaan. Justeru,kamu perlu mengetahui potensi diri dan berusaha untuk menggunakannya dengan cara yang sewajarnya.

4. BERFIKIR SECARA KREATIF

Dengan kreativiti yang kamu miliki tidak mustahil kamu mampu melihat sesuatu yang lebih dari mata kasarmu. Kadangkala perkara itu tidak sesukar yang disangka. Ia menjadi sukar apabila kamu menyempitkan fikiran dan akhirnya terhimpit,tersepit dan secara tidak langsung kamu kehilangan motivasi diri. Untuk itu kamu perlu belajar untuk lebih kreatif supaya mudah bagimu menempa kejayaan yang diidam-idamkan.

5. BERSIKAP POSITIF DAN OPTIMIS

Menyentuh mengenai sikap positif dan optimis ini,kamu perlu sentiasa beringat bahawa langit itu tidak selalunya mendung dan tetap juga cerah. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat yang Tuhan berikan. Berusahalah dengan sebaik mungkin agar kamu dapat merealisasikan hasrat yang terpendam di jiwa. Sentiasa berfikiran positif dan optimis mampu merungkai segala kesulitan dan kerumitan yang menyelubungi diri.

6. BERILAH SEDIKIT MASA UNTUK BERJAYA

Ia seperti kamu bercucuk tanam. Mengambil masa yang cukup lama untuk menantikan hasilnya. Kamu perlu menggemburkan tanah,menyemai benih, menyiram,menyembur racun dan pelbagai usaha dan cara lain lagi hinggalah kamu berjaya menikmati hasilnya. Namun begitu, kadang-kala hasil tersebut tidak begitu memuaskan hati apabila tanaman dimakan haiwan liar dan serangga, dirosakkan atau tidak menjadi seperti yang kamu harapkan. Tetapi jangan berasa gundah gulana kerana lambat tahun kamu bakal menerima hasil yang akan menggembirakanmu. Jadi nikmatilah hasil itu dengan sebaik-baiknya.

7. RUJUK MATLAMAT HIDUP

Sebelum kamu melangkah lebih jauh,ingatkan diri terlebih dulu, adakah kamu berada di atas landasan yang betul? Sekiranya ya,jangan cuba untuk menginjakkan diri darinya. Kamu tidak akan tersesat haluan dan ikutilah perancangan yang telah dilakukan serta tingkatkan usaha malah kalau boleh lipat gandakan ia supaya apa yang kamu mahukan menjadi kenyataan.

8. PERTINGKATKAN ILMU DAN KEMAHIRAN

Mungkin bukan kerana kamu tidak boleh berjaya,tetapi ada beberapa kelengkapan lain yang masih belum kamu miliki sepenuhnya. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Kamu boleh mendapatkan kedua-dua 'sumber' penting itu dari pendidikan formal mahupun tidak formal. Tetapi terdapat satu 'sistem pendidikan' yang mempunyai kesan yang sangat hebat iaitu pengalaman. Belajarlah darinya!!

9. FAHAMI FITRAH ALAM

Kejayaan bukan suatu perkara yang mudah. Orang yang berjaya di dunia kini pun,pernah mengalami jatuh bangun dalam hidupnya. Jika kamu ingin menjadi seorang yang tewas,ia amat mudah. Itulah hukum alam,senang untuk menjadi buruk. Umpama memetik jari tetapi untuk menjadi seorang yang baik dan berjaya,terlalu banyak halangan dan cabaran yang perlu kamu tempuhi. Jadi bersabarlah dengan apa yang dilalui dan terima dengan hati terbuka.

10. INGATI TUHAN

Perkara terakhir yang kamu boleh lakukan ialah buatlah sesuatu berdasarkan kebenaran dari Tuhan pasti bersama kamu. Dia sentiasa melihat dirimu dan memberi petunjuk sekiranya kamu meletakkan dia paling dalam di dasar hati kecilmu itu. Malah tidak keterlaluan dikatakan sekiranya kamu melakukan setiap perkara dengan mengingati-Nya supaya setiap keputusan yang kamu ambil diberkati dan menjamin keharmonian hidupmu kelak."


Monday, September 1, 2008

1 Ramadan 1429H

Selamat Berpuasa. Gunakanlah blog ini sebagai medium untuk melatih kemahiran dalam bidang penulisan.