CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Thursday, May 27, 2010

Cuti Sambil Periksa

Pada hari Jumaat 21/5/2010, selepas solat jumaat aku dan Amir mengikut umi bercuti di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Ibuku ke sana kerana ada kerja khusus yang perlu di siapkan. Kami bercuti selama 3hari 2malam.

Abah dan Yasmin tidak dapat ikut kerana saudara mara ada di Kuala Lumpur (KL). Mereka datang ke KL kerana ingin mendaftarkan Kak Husna di UIA dan menziarahi Ayahda di HKL. Walaupun pada ketika itu, aku menduduki peperiksaan pertengahan tahun selama 3 minggu, aku juga perlu bercuti untuk rehatkan minda daripada tekanan belajar.

Ketika hampir tiba ke destinasi, kami dapati jalan tar di atas bukit berasap (kabus). Ini bermakna di atas sana sejuk cuacanya. Keluar sahaja dari perut kereta, kakiku terasa sejuk kerana cuacanya seolah-olah berada di luar negara. Kemudiannya kami check-in untuk mendapatkan bilik.

Malam itu selepas waktu Isyak, kami keluar untuk melihat sekeliling dan bergambar untuk buat kenangan. Keesokan harinya pula, selepas bersarapan aku 'study' di bilik untuk peperiksaan minggu depan.

Puas aku meronda-ronda di kawasan sekeliling.. Banyak perubahan telah berlaku dan tidak seperti 2 tahun lepas ketika aku pergi bersama keluarga. Antara perubahannya ialah banyak tempat pusat hiburan, jualan cenderamata dan sebagainya.

Ketika di sana, fikiranku tenang dan relax daripada tekanan belajar. Aku akan buat yang terbaik untuk peperiksaan pada minggu hadapan.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Cikgu terima kasih kerana mengajar kami selama ini,
Engkau mengajar kami dari mengenal huruf, membaca dan mengira,
Sehingga anak muridmu berjaya di puncak kejayaan,
Kalau bukan cikgu siapalah kami.

Dari dulu sehingga sekarang pergorbananmu tetap tabah,
Mengajar dan berkongsi ilmu pengetahuan,
Sabar melayani kerenah anak muridmu,
Tetapi kini segalanya tiada lagi..

Engkau pergi tanpa kami,
Engkau pergi buat selama-lamanya,
Di manakah kami ingin mencarimu kembali,
Membalas jasa-jasamu selama ini.

Semoga engkau bahagia di sana,
Terima Kasih Cikgu..

Hakcipta Terpelihara © 2010

Saturday, May 15, 2010

Menyambut Hari Kelahiranku



Hari ini adalah merupakan hari jadiku, pagi-pagi lagi Umi, Abah, Maklang dan Makda dah ucap birthday. Yasmin pula bagi hadiah. Keluarga Maklang dan Makda ada di sini kerana ingin melawat Ayahda di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mereka sampai di sini pada hari Jumaat malam.

Pada petang itu, kami pergi ke kedai untuk membeli kek manakala yang lain pergi ke HKL dan Putrajaya. Selepas menunaikan solat maghrib, acara memotong kek dimulakan. Kemudiannya abah membaca doa untuk kami semua.

PS
Sedap sungguh kek itu, kalau nak datanglah sini. Hehehe..

Thursday, May 13, 2010

Terima Kasih Kawan



Hari ini, aku menerima hadiah daripada kawanku di sekolah. Hadiahnya ialah 2 utas tasbih yang berharga 40 riyal bersamaan RM 40 dari Mekah. Hadiah itu juga merupakan hadiah hari jadiku pada hari Sabtu depan. Walaupun aku tidak menempah kepadanya untuk beli cenderamata tetapi alhamdulillah dengan rezeki aku dapat hadiah tersebut dari kawanku.

Baru-baru ini, dia buat Umrah di Mekah bersama-sama keluarganya. Aku menyangka dia sudah pindah kerana sudah lama tidak nampak di sekolah. Apabila aku bertanya kepada kawan rapatnya, rupa-rupanya dia pergi buat umrah. Ketika di sekolah tadi, aku banyak berbual-bual dengannya mengenai aktivitinya disana. Katanya penat tapi seronok..

Sunday, May 9, 2010

Hadiah Untuk Ibu

Bersempena dengan Hari Ibu Sedunia 2010, saya menghadiahkan coklat ini kepada ibuku. Ucapan saya ialah "Selamat Hari Ibu". .