CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Sunday, January 25, 2009

Bercuti Di Rumah Tok..

Semalam, kami sekeluarga ke rumah tok di Wangsa Melawati. Selepas sarapan di Bandar Sri Damansara, kami meneruskan perjalanan. Tibanya disana, kami ke Pasar Tani untuk membeli barangan dapur. Selepas membeli, aku mengikut tok dan ayahwan ke Cheras untuk menolong mereka mengemas dan membersih rumah seperti; mengangkat kerusi, meja, menyapu dan lain-lain. Keluargaku tidak ikut..

Pada pukul 1 tengah hari, kami ke surau untuk menunaikan solat zohor.. Kemudiannya, kami ke retoran untuk mengisi perut dan membeli sedikit barangan untuk mengemas rumah. Selepas itu, kami balik ke rumah tersebut untuk menyambung kerja mengemas rumah. Pada pukul 4 petang, segala kerja-kerja mengemas telah siap.., dan kami terus pulang ke rumah di Wangsa Melawati.

Kami bermalam di rumah tok.., aku berasa sungguh letih kerana mengangkat barang-barang.., tapi tidak apalah. Menolong orang dapat banyak pahala, pada malamnya aku berasa pening kepala, selsema dan batuk. Mungkin kerana tolong tok pada paginya., terpaksalah ambil ubat petang ini.

Keesokan harinya iaitu pada hari ini, aku mendapat upah dari ayahwan iaitu RM10. Aku berterima kasih dan bersyukur.. Pada malamnya, aku mengikut ayahwan, tok dan pakngah ke rumah bakal isteri pakngah iaitu Kak Nadia di Ampang. Kami ke sana kerana ada majlis hari jadi Kak Nadia yang ke - 22. Tibanya disana, majlis dimulakan dengan doa dan diikuti memotong kek. Selepas itu, kami makan pelbagai juadah yang telah disediakan seperti nasi, rendang ayam, nasi impit dengan kuah kacang, sate ayam, ayam goreng KFC, kek+air nenas dan puding. Kenyang rasanya, alhamdulillah..

Monday, January 12, 2009

Jamuan Makan

Petang Sabtu yang lalu, aku menghadiri jamuan makan yang diadakan di tepi kolam di perkarangan rumah Safuan. Dia tinggal di kondo berhampiran rumahku. Aku makan pelbagai makanan yang disediakan seperti cucur udang, lemang dengan rendang ayam, nasi impit dengan kuah kacang, roti jala, mee goreng, teh tarik, air sirap dan air batu campur (abc).

Selepas makan, aku bersembang-sembang dengan Safuan tentang persekolahan dan macam-macam lagi. Katanya dia akan ke United Kindom (UK) pada 19.Januari.09 iaitu pada hari Isnin minggu depan mengikuti bapanya yang akan melanjutkan pelajaran di sana. Dia sekeluarga ke sana selama 3 atau 4 tahun, tinggal di sana dan bersekolah di sana. Jadi kena speakingla ye..

Aku pada mulanya bercadang nak bergambar dengan Safuan untuk buat kenangan tapi ketika itu Safuan agak sibuk melayan tetamu dan sedaranya. Jadi tak dapatlah aku bergambar dengan dia. Tak apalah, insyaallah pada masa akan datang aku boleh berjumpa dengannya lagi. Mungkin masa itu dia dah besar.. Selepas bersembang-sembang  dengan Safuan, aku pun meminta izin untuk pulang kerana ketika itu cuaca agak mendung dan nak hujan.

Aku berpesan kepada Safuan supaya berkirim surat kepadaku bila berada di sana nanti. Semoga ikatan persahabatan berkekalan... Aku mendoakan semoga mereka sekeluarga selamat berangkat ke UK.

Saturday, January 10, 2009

Minggu Pertama Persekolahan

Isnin 5 Jan 09 yang lalu, aku kembali ke sekolah untuk menyambung pelajaranku ke Tingkatan 4. Pada hari pertama, kami semua tidak tahu akan diletakkan di dalam kelas apa. Semua pelajar akan ditentukan bidang sama ada sains tulen, sastera ikhtisas atau sastera mengikut keputusan PMR masing-masing. Di sekolahku, ada 5 kelas untuk tingkatan 4. Sains tulen dan sastera masing-masing ada 2 kelas, manakala sastera ikhtisas, 1 kelas.

Pagi Rabu, sekolahku mengadakan Mesyuarat Agong Rumah Sukan. Pada petang Khamis, kami terlibat dalam latihan merentas desa/road run. Ketika latihan, aku sekadar jogging sahaja dan ketika kejohanan diadakan nanti aku akan buat dengan betul-betul, insyaallah. Itulah prinsip aku...

Pada hari Jumaat pula, cikgu memberitahu bahawa aku dimasukkan ke kelas 4 Mahir dalam bidang sastera. Aku bersyukur kepada Allah kerana dapat masuk ke kelas 4 Mahir pada tahun ini. Di dalam kelas, Pn Rohani memilihku sebagai setiausaha kelas. Cikgu memilihku kerana sebelum ini aku ada pengalaman menjadi setiausaha silat dan boleh menjalankan tugas dengan baik.

Friday, January 9, 2009

Selamatkan Palestin !!

Kepada semua umat Islam, marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t untuk menyelamatkan Palestin daripada dizalimi Israel. Sekurang-kurangnya dirikanlah solat sunat hajat secara berjemaah untuk mendoakan keselamatan mereka.

Kenapa Israel (Yahudi) sanggup berbuat demikian kepada umat yang tidak berdosa? Mereka berlaku kejam ke atas rakyat Palestin sehinggakan ramai kanak-kanak, wanita dan orang-orang awam mati dibunuh.

Ya Allah... selamatkan umat Islam daripada terus dizalimi...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Marilah kita bersama-sama mendoakan atas kesejahteraan rakyat Palestin dan mohonlah peperangan cepat ditamatkan.


ALLAHUAKBAR !!!

Sunday, January 4, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah

Persekolahan akan bermula pada hari esok iaitu 5. Januari. 2009 bagi semua pelajar - pelajar. Saya percaya sesetengah pelajar telah mula bersekolah pada hari ini atau esok manakala bagi pelajar yang tinggal di asrama telah balik pada hari ini.

Kepada pelajar - pelajar, binalah azam baru untuk berubah pada tahun 2009 ini. Jadi buatlah jadual harian untuk diri sendiri, jika kita gagal dalam pelajaran pada tahun lepas.., harap pada tahun ini kita lebih cemerlang dalam pelajaran dengan usaha. Tanpa usaha.., sangat sukar untuk kita ubah.

Nasihat saya disini adalah lupakan hiburan - hiburan seperti leka dengan pemain muzik Mp3 / Mp4, tengok kartun, main game sama ada di PC / handphone dan lain - lain. Bina azam baru untuk tahun ini seperti melaksanakan fardu ain dan fardu kifayah yang berfaedah. Jika nak main, tidak salah tapi kita perlu bijak menguruskan masa.

Sebagai contoh, hari ini nak belajar buat karangan dalam bahasa inggeris selama 2 jam, kemudian solat, pukul 5 petang nak bermain badminton dengan kawan - kawan dsb. Itulah contoh jadual harian untuk diri sendiri.., dari duduk rumah tak tau nak buat apa lebih baik buat kerja - kerja berfaedah. Betul tak??

Jadi buatlah perubahan untuk anda sendiri dan usahalah / perbaiki kelemahan yang kita pernah lakukan dahulu. Ucapan saya ialah " Selamat Kembali Ke Sekolah dan Bina Azam Baru " .

Saturday, January 3, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 / 1430 H


Pixel Code Graphics




Pixel Code Graphics