CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Thursday, December 30, 2010

Bercuti Bersama Keluarga


Animal World Safari


Wild Wild West Show


Bird Show


Ke Monkey Island


Cowboy Town


Red Indian Show


Pertunjukan Bunga Api

Pada hari Ahad 26/12/2010, kami ke Melaka untuk bercuti selama 2 hari 1 malam di A'Famosa Resort. Setelah tiba di sana, kami terus ke Animal World Safari. Agak ramai pengunjung yang mengunjungi tempat pelancongan tersebut termasuk warga tempatan dan pelancong luar negara. Tempat letak kereta juga luas.

Selepas itu, kami beratur untuk menaiki trak untuk melihat binatang-binatang buas seperti harimau, singa, zirafah dan sebagainya. Ketika beratur untuk menunggu giliran, ramai pengunjung yang ingin menaikinya. Hampir setengah jam kami menunggu giliran.

Kemudiannya, kami ke 3 pertunjukan yang diadakan di Animal World Safari iaitu Wild Wild West Show, Multi Animal Show dan Bird Show. Pertunjukan yang paling saya sukai ialah Wild Wild West Show kerana ia agak lasak manakala Multi Animal Show dan Bird Show pula sangat menarik lagi tertarik.

Kami tidak melihat pertunjukan Elephant Show kerana masa telah suntuk. Tambahan pula kami tidak makan lagi ketika itu. Selepas makan, kami ke Monkey Island dengan menaiki bot yang telah disediakan. Di sana, terdapat banyak monyet yang boleh dilihat. Kami sangka pulau monyet itu besar tetapi rupa-rupanya kecil sahaja. Sambil-sambil melihat monyet di pulau itu, kami bergambar kenangan. Selepas itu, kami check-in di D'Savoy Condominium.

Pada malamnya pula, kami ke Cowboy Town. Di sana terdapat pelbagai permainan hiburan seperti boling, gun shooting dan funfair booths termasuk shopping village dan Red Indian Show. Di Red Indian Show, suasananya diterangi cahaya lampu yang menarik dan pertunjukan yang hebat dan mantap.

Saya berasa sangat seronok kerana dapat berhibur bersama keluarga ketika cuti sekolah. Malam itu, kami menyaksikan demonstari oleh barisan anggota red indian show dan perbarisan animal world seperti kuda, gajah, ayam, burung-burung yang bertebangan, tikus, burung kakak tua dan pertunjukan bunga api yang sungguh meriah.

Selepas itu, kami bergambar kenang-kenangan di sekitar lokasi dan bermain permainan di funfair booths untuk berseronok. Selepas itu, kami ke restoran untuk mengisi perut. Esoknya pula, kami pergi meninggalkan Resort tersebut dan teruskan perjalanan ke Pekan, Pahang.

Kami harap, kami berpeluang lagi ke situ untuk mengisi masa lapang bersama keluarga ketika cuti sekolah. :-)

Monday, December 13, 2010

Perkahwinan Anak Wan Chor

Gambar kenangan keluarga kerabat Pahang bersama pengantin.

Semalam adalah majlis perkahwinan anak Wan Chor di Gombak. Tak sangka aku sama tema dengan keluarga wan chor iaitu warna kelabu. Patutlah ramai orang pandang ketika itu, mungkin kerana sangka aku adalah keluarga mereka. Huhuhu..

Selepas aku melihat gambar ini, tak sangka sama je baju warna kelabu itu. Berdiri sederet di belakang pengantin. Ucapan saya adalah "Selamat Pengantin Baru, Semoga kekal abadi". Amin..

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Sunday, August 8, 2010

Ralat

Alhamdulillah akhirnya dapat juga menyiapkan sebuah video bergambar ketika program bersama-sama Ustaz Ahmad Shukri Yusof tahun lepas.

Walaupun sudah lama, rakan-rakan yang mengenali diriku ini ingin berkongsi gambar bersama tetapi saya telah mengubahsuaikan kepada bentuk video. Diharap anda suka dan dapat berkongsi video ini.


PS
Sekiranya ingin melihat video ini, lebih elok anda 'klik' sahaja di skrin video diatas ataupun boleh dicari terus di Youtube dengan menekan 'Program Didik Fitrah' kerana video tersebut mempunyai lagu.

Bukan tidak boleh melihat terus video diatas tetapi lagu background akan bercampur aduk dengan video tersebut.

Saturday, July 31, 2010

Karnival Pendidikan Kerjaya

Banner


Hari ini, aku mengikuti seminar ke IPTA dan IPTS bersama-sama rakan sekolah di SMK Bukit Indah, Ampang. Setiap kelas sekolahku menghantar wakil atau yang berminat sahaja untuk mendengar ceramah motivasi serta taklimat mengenai IPTA dan IPTS.

Tujuannya adalah untuk membina semangat kepada para pelajar supaya bermotivasi dan tahu hala tuju (matlamat) selepas tamat persekolahan tidak lama lagi. Karnival Pendidikan Kerjaya berjalan selama 2 hari iaitu pada hari ini dan esok.

Tiba sahaja di sana, aku melihat seorang trainer yang berada di atas pentas itu seolah-olah aku kenal dengannya. Pelbagai fikiran yang sedang bermain di fikiranku, akhirnya barulah dapat jawapannya. Trainer yang berada di atas pentas itu, rupa-rupanya Abang Amin yang merupakan mentorku.

Beliau pernah mengendalikan motivasi di sekolah lamaku, sudah tentulah aku berasa gembira kerana aku kenal dengannya. Cadangnya nak bersembang-sembang dan bergambar dengan Abang Amin untuk buat kenangan tapi tidak sempat kerana selepas motivasi, ada ceramah lain pula. Tapi tidak apalah, mungkin tak ada rezeki.., di lain masa bertemu lagi. Betul tak?

Pelbagai maklumat mengenai IPTA dan IPTS yang telah aku dapat dari program ini. Sebanyak 4 ceramah dalam sehari yang diadakan di Karnival tersebut. Selepas itu kami ke kiosk atau lebih dikenali sebagai pameran yang diadakan di situ mengenai bidang pilihan, syarat-syarat am Universiti dan sebagainya.
Dalam bulatan merah itulah aku..

Monday, June 28, 2010

Menziarahi Aki di Pahang

Pada hari Jumaat 25/6/2010, aku mengikut keluargaku balik kampung di Pahang kerana untuk menziarahi Aki yang sakit. Sebenarnya hari esok (Sabtu), aku ada aktiviti bermain boling bersama rakan-rakan untuk sekolah tetapi ada hal pula. Terpaksalah aku balik kampung..

Yang mana lebih penting? Menziarah atau bermain Boling?? Main boling, bila-bila sahaja boleh bermain dan di mana sahaja. Betul tak? Kami bertolak pada pukul 4 petang dan selamat tiba pada 9 malam di Pahang. Sepanjang perjalanan, cuaca asyik mendung, gelap dan hujan.

Di rumah wan, ada keluarga Makngah Huda, Maklang dan Acik Pek. Kesian Aki kerana sakit tua. Esok pula, Izzat bersama keluarga datang untuk menziarahi Aki. Petang pula, keluarga Makda dan Mak'andak Ma datang.. Tetapi saudara sebaya denganku tidak ada lah kerana masing-masing tinggal di asrama dan ada yang dah masuk Universiti.

Aku bosan kerana ketiadaan mereka namun aku buat kerjaku sendiri seperti buat kerja-kerja yang belum di siapkan serta "assignment presentation" yang akan di bentang pada hari Isnin ini. Selain itu juga, aku turut turun duduk bersama-sama Pak dan Mak Saudara. Mendengar isu-isu mereka. Hehehe..

Malam itu, aku bertanya kepada Ayahngah mengenai "assignmentku". Maklumlah ramai cikgu-cikgu di sana. Ada cikgu BM, BI, Math, Geografi, Teknikal dan sebagainya. Jadi Ayahngah pun tunjuk ajar kepadaku. Terima kasihlah kepada Ayahngah kerana menunjuk ajar..

Keesokan harinya, keluarga Makngah Huda pulang pada awal pagi iaitu pukul 5 dan kami pula pulang selepas waktu Zohor. Di harap, pada masa akan datang kami dapat pulang ke kampung semula untuk merehatkan minda!

Wednesday, June 16, 2010

Kenduri Rumah Tahfiz & Anak-Anak Yatim

Semalam selepas aku menunaikan solat Asar, pakngah Faisal mengajak aku pergi kenduri ke "Rumah Tahfiz & Anak-Anak Yatim" di Ampang. 4 wakil sahaja yang pergi iaitu aku, Amir, Pakngah Faisal dan Ayahwan. Kami tiba di sana pada pukul 7 malam, kemudiannya kami menunggu kawan Pakngah di depan Masjid untuk pergi bersama-sama.

Sejurus kemudian, kami tiba di rumahnya. Aku bersalam-salaman dengan saudara yang hadir ke kenduri itu. Masing-masing (muslimah) sedang bertungkus lumus menyiapkan makan malam bersama katering. Kaum muslimin pula pergi ke Masjid untuk solat Maghrib.

Lepas Maghrib, kami pergi semula ke rumah 'De Bella' kerana ada bacaan yassin. Selepas habis baca yassin, acara penyampaian hadiah kepada anak-anak yatim dan tahfiz dimulakan. Kemudiannya, kami bergambar bersama mereka untuk buat kenang-kenangan.

Selepas bergambar, penasihat "De Bella" mengajak kami makan malam. Sambil makan-makan, kami bertanya kepada penghuni rumah tersebut seperti nama siapa?, pelajaran bagaimana? dan sebagainya. Kemudiannya kami solat Isyak berjemaah. Selepas berbual-bual, akhirnya kami meminta diri untuk pulang kerana hari sudah malam. Esok sekolah dan bekerja..

Sunday, June 6, 2010

Semangat 2010

Petang tadi, aku sekeluarga ke UIA PJ untuk melawat Kak Husna. Tiba sahaja di sana, aku melihat di sekeliling kampus, begitu ramai pelajar yang telah berjaya masuk ke alam Universiti. Tiba-tiba, sesuatu jiwa kecilku yang sedang membara-bara. Jiwaku mengingatkan aku untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk masa depan.

Bayangkan sekarang telah masuk bulan Jun, tinggal empat bulan lagi untuk SPM 2010. Segala input dan output perlu sedia mulai sekarang seperti buat latihan, membaca, menghafal formula-formula dan sebagainya. Aku rasa bersemangat untuk berjuang..

Selepas berjumpa Kak Husna, pelbagai soalan yang kami tanya dan memberi sedikit juadah. Selepas berbual-bual, kami meminta diri untuk pulang. Kami lihat Kak Husna macam sedih kerana keluarganya tinggal berjauhan.

Thursday, May 27, 2010

Cuti Sambil Periksa

Pada hari Jumaat 21/5/2010, selepas solat jumaat aku dan Amir mengikut umi bercuti di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Ibuku ke sana kerana ada kerja khusus yang perlu di siapkan. Kami bercuti selama 3hari 2malam.

Abah dan Yasmin tidak dapat ikut kerana saudara mara ada di Kuala Lumpur (KL). Mereka datang ke KL kerana ingin mendaftarkan Kak Husna di UIA dan menziarahi Ayahda di HKL. Walaupun pada ketika itu, aku menduduki peperiksaan pertengahan tahun selama 3 minggu, aku juga perlu bercuti untuk rehatkan minda daripada tekanan belajar.

Ketika hampir tiba ke destinasi, kami dapati jalan tar di atas bukit berasap (kabus). Ini bermakna di atas sana sejuk cuacanya. Keluar sahaja dari perut kereta, kakiku terasa sejuk kerana cuacanya seolah-olah berada di luar negara. Kemudiannya kami check-in untuk mendapatkan bilik.

Malam itu selepas waktu Isyak, kami keluar untuk melihat sekeliling dan bergambar untuk buat kenangan. Keesokan harinya pula, selepas bersarapan aku 'study' di bilik untuk peperiksaan minggu depan.

Puas aku meronda-ronda di kawasan sekeliling.. Banyak perubahan telah berlaku dan tidak seperti 2 tahun lepas ketika aku pergi bersama keluarga. Antara perubahannya ialah banyak tempat pusat hiburan, jualan cenderamata dan sebagainya.

Ketika di sana, fikiranku tenang dan relax daripada tekanan belajar. Aku akan buat yang terbaik untuk peperiksaan pada minggu hadapan.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Cikgu terima kasih kerana mengajar kami selama ini,
Engkau mengajar kami dari mengenal huruf, membaca dan mengira,
Sehingga anak muridmu berjaya di puncak kejayaan,
Kalau bukan cikgu siapalah kami.

Dari dulu sehingga sekarang pergorbananmu tetap tabah,
Mengajar dan berkongsi ilmu pengetahuan,
Sabar melayani kerenah anak muridmu,
Tetapi kini segalanya tiada lagi..

Engkau pergi tanpa kami,
Engkau pergi buat selama-lamanya,
Di manakah kami ingin mencarimu kembali,
Membalas jasa-jasamu selama ini.

Semoga engkau bahagia di sana,
Terima Kasih Cikgu..

Hakcipta Terpelihara © 2010

Saturday, May 15, 2010

Menyambut Hari Kelahiranku



Hari ini adalah merupakan hari jadiku, pagi-pagi lagi Umi, Abah, Maklang dan Makda dah ucap birthday. Yasmin pula bagi hadiah. Keluarga Maklang dan Makda ada di sini kerana ingin melawat Ayahda di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mereka sampai di sini pada hari Jumaat malam.

Pada petang itu, kami pergi ke kedai untuk membeli kek manakala yang lain pergi ke HKL dan Putrajaya. Selepas menunaikan solat maghrib, acara memotong kek dimulakan. Kemudiannya abah membaca doa untuk kami semua.

PS
Sedap sungguh kek itu, kalau nak datanglah sini. Hehehe..

Thursday, May 13, 2010

Terima Kasih Kawan



Hari ini, aku menerima hadiah daripada kawanku di sekolah. Hadiahnya ialah 2 utas tasbih yang berharga 40 riyal bersamaan RM 40 dari Mekah. Hadiah itu juga merupakan hadiah hari jadiku pada hari Sabtu depan. Walaupun aku tidak menempah kepadanya untuk beli cenderamata tetapi alhamdulillah dengan rezeki aku dapat hadiah tersebut dari kawanku.

Baru-baru ini, dia buat Umrah di Mekah bersama-sama keluarganya. Aku menyangka dia sudah pindah kerana sudah lama tidak nampak di sekolah. Apabila aku bertanya kepada kawan rapatnya, rupa-rupanya dia pergi buat umrah. Ketika di sekolah tadi, aku banyak berbual-bual dengannya mengenai aktivitinya disana. Katanya penat tapi seronok..

Sunday, May 9, 2010

Hadiah Untuk Ibu

Bersempena dengan Hari Ibu Sedunia 2010, saya menghadiahkan coklat ini kepada ibuku. Ucapan saya ialah "Selamat Hari Ibu". .

Friday, March 19, 2010

Terserempak dengan Cikgu Kaunseling

Hari ini selepas aku menunaikan solat jumaat, aku ke restoran untuk membeli makanan bungkus. Tiba-tiba aku terserempak dengan cikgu Kaunseling dan staf sekolah di restoran, aku pun bertanya khabar dan berbual-bual mengenai perkembangan sekolah lama dan pelajaran. Aku gembira kerana dapat bertemu dengan cikgu lamaku.

Siapa tidak gembira jika bekas pelajar bertemu dengan cikgu lamanya? Sudah tentu, bukan? Selepas berbual, cikgu memberi semangat kepadaku supaya buat yang terbaik dan dapat straight A's dalam SPM pada tahun ini. Aku pun tersenyum lebar..

Tidak sampai beberapa minit, tiba-tiba kedengaran suara tukang masak "Adik, makanan bungkus sudah siap". Aku pun meminta diri kerana ingin pulang dan menyuruh cikguku sampaikan salam kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajarku selama ini. Begitula ceritanya..

Monday, February 15, 2010

Aktivitiku Hari Ini & Motivasi

Hari ini, aku menolong ibuku menanam pokok bunga dan membersihkan sekeliling kawasan rumah supaya kelihatan bersih dan tersusun rapi. Aktiviti ini dapat membuatkan fikiran kita tenang daripada stress belajar.

Pelbagai cara yang boleh dibuat untuk menangani stress sama ada belajar ataupun bekerja. Antaranya ialah mendengar muzik (instrumental), berurut, mengaji Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

Cuba bayangkan sambil-sambil kita membuang rumput-rumput yang ada di dalam pasu bunga, menggembur tanah dan menanam pokok. Kita dapat menghirup udara segar (Oxygen) yang dibekalkan oleh tumbuh-tumbuhan dan menghembus karbon dioksida (CO2) yang ada di dalam tubuh kita. Dari situlah, kita dapat menenangkan fikiran kita.

Selain itu, kita dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga. Jadi pandai-pandailah kita membawa diri sendiri untuk melakukan kerja-kerja amal untuk menenangkan diri. Insya-Allah jika ada kesempatan, saya akan mengupas serba sedikit tajuk motivasi pula.

Jumpa lagi, salam 1 Malaysia.

Sunday, February 14, 2010

Bermain Bowling Bersama Keluarga

Hari ini aku ke Sunway Pyramid bersama-sama keluarga untuk bermain bowling. Sampai sahaja di sana, kami berjalan-jalan disekitarnya untuk mencuci mata sambil bergambar kenang-kenangan.

Selepas itu, kami ke pusat bowling yang terletak di Sunway Mega Lanes. Walaupun ketika itu cuti Tahun Baru Cina, aku lihat ramai orang yang datang untuk bermain bowling termasuk pelancong luar negara. Kami bermain bowling di lane 21 daripada 46 lane.

Kali pertama, aku dapat menjatuhkan semua pin (strike) sebanyak 3 kali.. Alhamdulillah aku bersyukur kerana inilah kali pertama aku berjaya buat strike. Ibu bapaku memberi sokongan.

Yang paling mengecewakan adalah ketika game ketiga, aku dapat nombor tercorot kerana tangan kananku lenguh dan sakit. Ketika itu aku bermain dengan Abah, Amir dan Paksu. Akhir sekali, kami diberi peluang bermain secara percuma. Aku buat betul-betul kerana tidak berpuas hati dengan keputusanku dan berjaya buat hampir "5 kali strike".

Game terakhir, Abah lawan Paksu dan Abah berjaya menangi perlawanan itu. Begitulah ceritanya..

Sunday, February 7, 2010

Bermain Bowling di Kelab Mount Kiara

Pada hari Sabtu 6.2.2010, aku mengikut ayahku bermain bowling sempena Pertandingan Bowling pejabat Abah di Kelab Mount Kiara selepas solat Zohor. Tibanya di sana, aku mendengar gendang yang begitu kuat sekali.. Ingatkan pasukan sorakan, rupa-rupanya pengantin sedang berjoget dan menyanyi.

Kemudian, aku terus masuk ke pusat bowling. Ramai kawan-kawan abah masuk pertandingan bowling. Tujuannya adalah untuk mengeratkan ukhwah persaudaraan dan merehatkan minda daripada kerja.

Sebelum permainan bermula, aku belajar cara bermain bowling. Sambil-sambil itu, aku mencubanya. Pada mulanya agak kekok kerana tidak ada pengalaman bermain bowling, lama kelamaan sudah biasa dan tahu caranya. Nak main bowling kena ada teknik, bukan begitu?

Selepas perasmian permainan bowling, Pertandingan Bowling dimulakan. Satu pasukan mempunyai 3 peserta sahaja. Aku dan Amir memberi sokongan, 1 game ada 3 pusingan. Hampir 3 jam pertandingan itu di jalankan. Kumpulan ayahku mendapat hadiah saguhati. Cadangnya nak bermain bowling apabila habis pertandingan tapi pusat bowling itu hampir nak tutup. Jadi minggu depan jela..

PS
Untuk makluman anda, saya merupakan ahli Persatuan Permainan Tenpin Bowling di Sekolah. Itulah sebabnya nak belajar teknik-tekniknya dahulu.

Friday, January 1, 2010

Tidak update blog

Kepada pengunjung blog, saya memohon maaf kerana sudah lama tidak update blog kerana agak sibuk kebelakangan ini. Insya'allah dalam masa ke semasa, saya akan berkongsi cerita di laman ini. Harap pengunjung bersabar !