CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Wednesday, January 12, 2011

Bekerja Untuk...?

Bekerja adalah untuk mencari rezeki kehidupan seharian. Dalam Islam juga, kita diwajibkan untuk mencari nafkah melalui bekerja. Bekerja juga perlu halal. Antara kelebihan-kelebihan bekerja adalah;

  • Berdikari.
  • Mencari pengalaman.
  • Bersama-sama dengan masyarakat.
  • Dapat menghubungkan silaturrahim sesama manusia dan lain-lain lagi.
Saya ingin menyentuh sedikit sebanyak kelebihan bekerja seperti yang telah dinyatakan diatas.

Yang pertamanya, kita boleh berdikari melalui bekerja. Jika sebelum ini, kita sering bergantung segala makan dan minum dari kedua-dua ibu bapa tetapi kini kita boleh membeli dengan wang sendiri.

Kedua, mencari atau membina pengalaman. Setiap pekerjaan pasti ada kelainannya. Sebagai contoh, kita bekerja di sebuah restoran. Kita akan dapat banyak pengalaman dengan pelanggan yang kita hadapi, majikan dan rakan-rakan. Begitu juga bekerja sebagai cikgu sambilan, kita akan berhadapan dengan berpuluh-puluh pelajar untuk mengajar dan mendidik mereka.

Dengan adanya pengalaman, kita boleh menggunakannya untuk akan datang. Jika sebelum ini pernah bekerja sebagai katering, kita boleh menggunakannya apabila kita menjadi pengurus restoran.

Pengalaman bekerja juga diperlukan sekiranya kita ingin memohon bekerja dengan kerajaan atau swasta malah ipta/ipts juga menetapkan syarat-syarat untuk memohon kos pengajian. Sampai sini sahajalah yang boleh saya kongsi sedikit sebanyak mengenai pekerjaan.

Jumpa lagi pada minggu depan... :)

Monday, January 3, 2011

Banyak Kerja Tapi Sukar Untuk Mendapat Pekerjaan

Orang kata 'di Kuala Lumpur ni senang dapat kerja sebab ada banyak pekerjaan yang boleh diminta'. Memang benar kata orang tetapi hakikatnya adalah sukar untuk mendapat pekerjaan. Mengikut pengalaman saya, banyak syarikat-syarikat pekerjaan yang saya mohon tetapi satu pun tidak dapat. Tidak kiralah sama ada seseorang itu ingin bekerja sambilan/sepenuh masa.

Suatu hari, saya pergi ke sebuah syarikat dan memohon untuk bekerja. Selepas mengisi borang permohonan, majikan akan beritahu bahawa beliau akan menghubungi kita untuk selanjutnya. Hari demi hari, saya mencari dan mencari tanpa mengalah bak kata pepatah "Jangan berputus asa dan sebaliknya perlu berusaha, berusaha dan berusaha".

Sudah hampir berbelas-belas syarikat yang saya mohon untuk bekerja tetapi satu pun tiada untuk dipanggil temuduga. Tiba-tiba, fikiranku bercakap-cakap bahawa lebih baik batalkan hasrat untuk mencari kerja kerana ada banyak lagi yang perlu dibuat di dalam kehidupan seharian. Namun, aku terus pandang ke hadapan.

Pada suatu petang, aku menerima panggilan daripada sebuah syarikat bahawa aku dipanggil untuk ditemuduga. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku bekerja. :)

PS
Saya suka dengan kerja saya sekarang..