CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir & Batin saya ucapkan kepada ibu bapa saya, keluarga kerabat, guru-guru, rakan-rakan dan semua umat islam. Sekiranya ada salah dan silap, harap dimaafkan. Berhati-hatilah ketika memandu bak kata pepatah " Biar lambat asalkan selamat ".

Monday, January 3, 2011

Banyak Kerja Tapi Sukar Untuk Mendapat Pekerjaan

Orang kata 'di Kuala Lumpur ni senang dapat kerja sebab ada banyak pekerjaan yang boleh diminta'. Memang benar kata orang tetapi hakikatnya adalah sukar untuk mendapat pekerjaan. Mengikut pengalaman saya, banyak syarikat-syarikat pekerjaan yang saya mohon tetapi satu pun tidak dapat. Tidak kiralah sama ada seseorang itu ingin bekerja sambilan/sepenuh masa.

Suatu hari, saya pergi ke sebuah syarikat dan memohon untuk bekerja. Selepas mengisi borang permohonan, majikan akan beritahu bahawa beliau akan menghubungi kita untuk selanjutnya. Hari demi hari, saya mencari dan mencari tanpa mengalah bak kata pepatah "Jangan berputus asa dan sebaliknya perlu berusaha, berusaha dan berusaha".

Sudah hampir berbelas-belas syarikat yang saya mohon untuk bekerja tetapi satu pun tiada untuk dipanggil temuduga. Tiba-tiba, fikiranku bercakap-cakap bahawa lebih baik batalkan hasrat untuk mencari kerja kerana ada banyak lagi yang perlu dibuat di dalam kehidupan seharian. Namun, aku terus pandang ke hadapan.

Pada suatu petang, aku menerima panggilan daripada sebuah syarikat bahawa aku dipanggil untuk ditemuduga. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku bekerja. :)

PS
Saya suka dengan kerja saya sekarang..