CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Tuesday, October 4, 2011

Kenduri & Menghantar Jemaah Haji

Pada 2/10/2011, kenduri kecil-kecilan bermula selepas solat zohor berjemaah. Kemudiannya kami membaca doa selamat beramai-ramai. Hampir 9/10 kesemuanya kaum keluarga yang hadir. Seronok dan gembira rasanya kerana dapat berkumpul beramai-ramai.

Pada malamnya selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, aku mengikuti rombongan untuk menghantar Acikpek dan Makcik Umi di Kelana Jaya yang akan ke KLIA dan seterusnya ke Jeddah, Arab Saudi dan ke Mekah untuk menunaikan haji. Ramai juga disana, bas akan tiba pada pukul 11 malam.

Tepatnya 11 malam, Acikpek dan Makcik Umi sudah ingin bersiap sedia ke KLIA dan berlepas. Meremang bulu romaku apabila mendengar seruan Haji berkumandang ketika itu dan sedih+menangis sedikit.

Mari kita lihat dan dengar seruan haji ini.. Rasa bagaikan dekat sahaja dengan ALLAH SWT dan tersentuh hati ingin ke Mekah. :)



PS
Gambar akan diupdate dari masa ke semasa.