CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Monday, May 28, 2012

Hari Belia Negara 2012

Sempena Hari Belia Negara tahun ini, aku dan adik kembarku ke Putrajaya buat kali pertamanya. Walaupun Hari Belia Negara ada setiap tahun pada bulan Mei tetapi tidak pernah turun untuk melihatnya. Akhirnya dapat juga kami turun untuk menyaksikannya. Hampir 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang 23 Mei sehingga 27 Mei 2012.


Antara yang kami lihat semalam adalah booth2 laluan kecermelangan IPT, booth gerbang kerjaya, modal insan, booth MARDI, gadjet world dan banyak lagi. Ketika melihat booth education fair, tiba-tiba kami terjumpa PA dan wakil pelajar senior kami yang sedang bertugas di booth Politeknik. Kami pun bersembang sebentar dan bergambar, hehe..

Selepas itu, kami melawat ke booth lain pula.. Pelbagai aktiviti yang diadakan dan ianya sangat seronok dengan warna warni 1 Malaysia, 1 Kaum, 1 Perpaduan. Banyaklah kena isi borangnya apabila melihat booth lain, huhuhu.. 

Tengah harinya pula, aku makan char kuey teow di sebuah gerai sambil melihat orang bermain muzik. Minuman yang dijual agak mahal sekitar RM2 ke RM3 manakala makanan pula RM5 ke atas. Nak tak nak terpaksa belilah untuk mengisi perut. Lepas makan, kami melihat pula aktiviti sukan lasak iaitu Drift dan pameran kereta. Seterusnya ke masjid besi untuk solat Zohor & Asar berjemaah.

Petangnya pula, kami melihat demonstrasi dari Angkatan Tentera Malaysia. Memang gempak dengan bunyi letupannya. Tiba-tiba kami terpisah, walaupun dah cuba hubungi tetapi agak sukar untuk mencarinya. Akhirnya aku bawa diri sendiri ke JOM HEBOH buat kali pertamanya juga. Hihihi..

Kami bertemu semula di sebuah tempat sukan Jepun iaitu SASUKE MALAYSIA. Malamnya kami makan bersama keluarga di Taman Warisan dan singgah sebentar rumah wancik di Putrajaya.

Sunday, May 27, 2012

1st Time Makan Nasi Kerabu


Hari ini adalah merupakan kali pertama aku makan nasi kerabu di dalam sejarah, hahaha.. Sedap juga ye, walaupun nampak pelik kerana warna nasinya biru. Yelah kalau sebelum ni kita selalu makan nasi putih dan nasi goreng, minyak, (kuning/oren). Hehe..

Apa tu nasi kerabu? Haa..nasi kerabu ni merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan dan biasanya dimakan dengan ikan bilis atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.

Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Kalau nak tahu nasi kerabu ni amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu serta boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada. Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.