CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir & Batin saya ucapkan kepada ibu bapa saya, keluarga kerabat, guru-guru, rakan-rakan dan semua umat islam. Sekiranya ada salah dan silap, harap dimaafkan. Berhati-hatilah ketika memandu bak kata pepatah " Biar lambat asalkan selamat ".

Tuesday, January 31, 2012

Story Simple

Hari ini, lecture dari JMSK mengajar membuat blog dari A sampai Z kepada semua pelajar kelasku. Sesiapa yang dah ada blog, hanya perlu update sahaja. Sekurang-kurangnya 3 cerita/posting terbaru.

Pukul 2-4 petang ni ada kelas Pn Yanie, doakan saya semoga dipermudahkan dan projekku diterima oleh pensyarah. Amin..

Perhatian..

Assalamualaikum kepada semua dan salam 1 Malaysia, mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa blog ini tidak aktif (tiada post baru). Maafkan saya kerana sudah sebulan saya tidak mengupdate blog ini kerana sibuk sambung belajar jauh daripada kota.

Insya'allah saya akan aktif kembali mengupdate blog ini dari masa ke semasa sekiranya saya free. Nantikannya... :)

Tuesday, December 27, 2011

Tempat Belajarku Part 1

Salam 1 Malaysia, seminggu selepas Minggu Suai Kenal/Program Laluan Kecemerlangan akhirnya dapat juga saya mengupdate blog. Hari ini, saya ingin memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang tempat belajar saya iaitu PTSS.

PTSS adalah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Arau, Perlis. Dahulu PTSS dikenali sebagai Politeknik Perlis. PTSS merupakan yang ke 18 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekarang ini politeknik adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ada 6 jabatan yang diwujudkan di Politeknik Perlis antaranya ialah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Hospitaliti. 2 Jabatan sokongan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.

Selain dari jabatan akademik PTSS turut mempunyai Unit Pentadbiran dan Kewangan , Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Unit Peperiksaan, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pembangunan & Penyelenggaraan, Unit Kualiti, Unit Kaunseling dan Kerjaya , Unit Sukan & Ko Kurikulum, Unit Perhubungan & Latihan Industri, Unit Multimedia & Intruksional ,Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Unit Kediaman Pelajar, Unit Pusat Sumber dan Unit Penyelidikan dan Inovasi.

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin menawarkan program di peringkat Diploma sahaja
(3 Tahun) kepada lepasan SPM. Tawarannya terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Sementara ini politeknik belum lagi menawarkan program di peringkat Ijazah.

Jadi sampai di sini sahajalah, sambungannya akan diupdate dari masa ke semasa. Nantikan.. :)

Tuesday, November 22, 2011

Mari Saksikan..



Tahniah Harimau Muda.. Hidup Malaysia..!

Sunday, November 20, 2011

Final Malaysia vs Garuda


Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 1-0 pada semi final dan layak ke final pada hari esok malam. Saksikan secara live atau menonton di televisyen ( RTM 1 / TV3 ).

Friday, November 18, 2011

Acikpek Pulang Ke Tanah Air

Semalam lepas asar, kami ke Putrajaya untuk berkumpul dan berkonvoi ke KLIA, Sepang. Sepanjang perjalanan ke Putrajaya pada waktu petang itu sangat sibuk kerana masing-masing pulang dari kerja. Kami tiba di sana pada pukul 8 malam.

Tiba saja di sana, kami makan malam yang telah disediakan untuk mengisi perut dahulu. Ramai juga yang ada disana, seronok rasanya kerana hampir 99% keluarga kerabat berkumpul dan bertandang di rumah Wan Chik. Ingatkan kami sampai lewat, rupa-rupanya Maklong Syida dan suaminya juga sama lewat seperti kami.

Pukul 8.30 malam, kami berkonvoi dari Putrajaya ke KLIA sebanyak 3 kereta sahaja. Berdasarkan jadual, flight jemaah haji tiba pada pukul 9.35 malam. Alhamdulillah segala perjalanan lancar, jemaah haji tiba lebih awal daripada jadual yang telah ditetapkan.



Kemudiannya kami bergambar kenangan bersama Acikpek dan keluarga kerabat yang lain.

Tuesday, October 4, 2011

Kenduri & Menghantar Jemaah Haji

Pada 2/10/2011, kenduri kecil-kecilan bermula selepas solat zohor berjemaah. Kemudiannya kami membaca doa selamat beramai-ramai. Hampir 9/10 kesemuanya kaum keluarga yang hadir. Seronok dan gembira rasanya kerana dapat berkumpul beramai-ramai.

Pada malamnya selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, aku mengikuti rombongan untuk menghantar Acikpek dan Makcik Umi di Kelana Jaya yang akan ke KLIA dan seterusnya ke Jeddah, Arab Saudi dan ke Mekah untuk menunaikan haji. Ramai juga disana, bas akan tiba pada pukul 11 malam.

Tepatnya 11 malam, Acikpek dan Makcik Umi sudah ingin bersiap sedia ke KLIA dan berlepas. Meremang bulu romaku apabila mendengar seruan Haji berkumandang ketika itu dan sedih+menangis sedikit.

Mari kita lihat dan dengar seruan haji ini.. Rasa bagaikan dekat sahaja dengan ALLAH SWT dan tersentuh hati ingin ke Mekah. :)



PS
Gambar akan diupdate dari masa ke semasa.