CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Thursday, May 2, 2013

Pesta Buku 2013

 

 

 

Hai, bertemu lagi kita pada kali ini. Hari ini, saya dan adik (Amirul) ke Putra World Trade Centre atau nama singkatannya ialah PWTC kerana ada Pesta Buku yang berlangsung sepanjang 7 hari sehinggalah hari mengundi. Perjalanannya ke PWTC ok dan tidaklah ramai pengunjung seperti hari minggu / cuti umum.

 

Sampai sahaja disana, teksi terus hantar saya di level 5 iaitu atas sekalilah. Jadi saya pun, jalanlah pusing-pusing tengok buku dan lawat gerai dari atas hinggalah bawah (level 1). Saya hanya dapat beli 3 buah buku sahaja yang berkaitan dengan jurusan diambil di booth press. Amat sukar bagi saya untuk mencari buku yang berkaitan kerana terhad.
 
 

Makanan dan minuman distu sekitar RM3 hingga RM7. Faham-fahamlah makan di dalam PWTC dengan meja bulat, kerusi lembut, berhawa dingin dan mempunyai waiters macam kat Hotel. Memang mahal lah harganya. Huhuhu.. Tiba-tiba, kaki+sengal-sengal otot mula berasa lenguh dan sakit badan kerana dah pusing 1 PWTC dan lawat semua gerai sehingga dah khatam sekitar tempat!


Jadi sambil belek-belek buku terbitan karangkraf,  ada seorang krew karangkraf menyoal saya " Dik, boleh tak jadi krew tambahan ambil gambar untuk akhbar Utusan? ". Saya terus terkelu dan cam tak caya je ditawarkan sebegitu rupa. ' Biar betul? '. 1st time dalam seumur hidup saya. Disebabkan masa tak mengizinkan, saya tolak tawaran itu kerana perlu pulang ke rumah sebelum orang bekerja pulang untuk elak daripada sesak. Insya'allah jika diberi peluang lagi, pasti saya akan menerimanya. :D

Friday, December 7, 2012

Nostalgia di PH BSD

 Part Time 2011

 1st Team
 
 2nd Team

  Bersama Saiful Islam (pembuat pizza)

 
Tempat Buat Air (Bar)

Pandangan Aras 1

Bezakan dengan yang sekarang di post, klik SINI.


                                                                       Bahagian Kitchen


 Haa, inilah rupa PH BSD yang dulu..

Thursday, December 6, 2012

Cerita di PH BSD

Ketika melawat dan makan di Restoran Pizza Hut Bandar Sri Damansara petang semalam, aku mendapati banyak perubahan yang telah berlaku..

Walaupun kini telah berwajah baru, manager dan staf baru tetapi manager, staf, rider atau team yang dulu telah tiada. Masing2 telah berpindah, sambung belajar, berkahwin, buka kedai lain, berhenti dan sebagainya.. Hanya seorang sahaja yang kekal disitu iaitu Hashem Ali (pembuat pizza).

Rasa macam nak cari balik je team2 dulu supaya bekerja kembali atau buat reunion sambil makan dan meraikan PH BSD baru ini. Ketika makan pizza tadi sambil menenangkan fikiran, tiba-tiba rasa semangat je nak kerja balik seperti ada aura di situ. Yela siapa tak nak, kerja di tempat suasana yang baru.

Sebelum PH BSD berwajah baru dibuka lagi, aku telah berusaha mencari team2 lama untuk buat reunion makan bersama tetapi masing2 sibuk. Akhirnya aku berdua iaitu adikku Amirul makan di PH BSD sebelum kami balik ke Perlis tidak lama lagi.

 Dibawah ini adalah gambar kami berdua makan di PH BSD : -

Menu pun berwajah baru
 
 Chicken Supreme [Regular]
 
 Pepperoni Delight [Personal]

  
Saya..


 Amirul

   
Resit..

 PS
Beruntunglah staf baru yang bekerja disitu kerana bekerja di dalam suasana seperti di hotel 5 bintang.


Wednesday, December 5, 2012

Pizza Hut BSD berwajah baru

Hari ini, aku ke Pizza Hut untuk melawat tempat kerja lama sambil makan di Bandar Sri Damansara. Lagipun dah lama tak makan pizza dan ingin melawat Pizza Hut yang telah diubahsuai iaitu renovate. Ketika aku cuti sem baru-baru ini, aku mendapati Pizza Hut di tempat kerja part time ku sedang di dalam pengubahsuaian.

Fikiranku terfikir adakah pizzahut telah berpindah ke tempat lain? atau sedang renovate? Rupa-rupanya pizzahut bsd sedang renovate ke reka bentuk zaman kini yang penuh ekslusif, cantik dan terbaik.

Haa..inilah rupa Pizza Hut BSD yang berwajah baru. Sejuk dengan air-cond nya, sungguh cantik designnya, perabot baru dsb. Bolehlah lihat gambar2 di bawah :

 Wajah Baru Pizza Hut BSD

Lebih Ekslusif..

 
 Meja makan di aras atas

 Tu dia jawatan kosong.. cuba lihat cermin tu, air cond terlalu sejuk sehingga berwap-wap  berbanding dulu, huhuhu..

  
Pandangan depan kedai PH BSD, maaf gambar agak kabur sebab guna hp je.

 PS
Ini jela yang sempat diambil, banyak lagi gambar yang belum diambil.. Nanti apa pula kata pengurus dan kakitangan baru di situ pula.

Sebabnya ketika ambil gambar diatas lagi diaorang dah pelik kenapa ambil gambar ni? CMS ke? hehe.. :P

Thursday, October 18, 2012

Alhamdulillah...akhirnya BERSATU


 

Sunday, September 23, 2012

Montaj Gegar Stress

Inilah hasil video pertamaku sumbangan untuk program JPKK & RAPI.



Kepada pelajar PTSS, anda dijemput hadir ke program kami untuk memeriahkannya.

Tuesday, September 11, 2012

MAFEP Politeknik Malaysia 2012


MAFEP adalah singkatan kepada Majlis Tilawah Al-Quran, Festival Nasyid dan Pidato Bahasa Inggeris yang telah diadakan di PTSS pada 3hb hingga 6hb September 2012.

Pada 6 September 2012, aku telah ditugaskan untuk shooting di Dewan Harum Manis. Dibawah ini adalah gambar aku di atas 'track', maaf gambar agak kabur kerana suruh kawan tolong snapkan guna handphone,huhu..



Petangnya, ketika sedang membeli makanan.. Aku terjumpa dengan kawan sekelasku ketika waktu tingkatan 4 dan 5 Akaun. Dia sekarang belajar di Politeknik Muadzam Shah dan merupakan YDP JPP. Tak sangka dia juga aktif dalam persatuan.


Pada malam terakhir turut aku bertugas iaitu majlis penutup dan keputusan keseluruhan pemenang, raja Perlis juga turun ketika itu. Sungguh meriah sekali.. Keputusannya ialah :-
  1. Politeknik Ungku Omar
  2. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Gambar pada malamnya pula ;