CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Tuesday, December 27, 2011

Tempat Belajarku Part 1

Salam 1 Malaysia, seminggu selepas Minggu Suai Kenal/Program Laluan Kecemerlangan akhirnya dapat juga saya mengupdate blog. Hari ini, saya ingin memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang tempat belajar saya iaitu PTSS.

PTSS adalah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Arau, Perlis. Dahulu PTSS dikenali sebagai Politeknik Perlis. PTSS merupakan yang ke 18 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekarang ini politeknik adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ada 6 jabatan yang diwujudkan di Politeknik Perlis antaranya ialah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Hospitaliti. 2 Jabatan sokongan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.

Selain dari jabatan akademik PTSS turut mempunyai Unit Pentadbiran dan Kewangan , Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Unit Peperiksaan, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pembangunan & Penyelenggaraan, Unit Kualiti, Unit Kaunseling dan Kerjaya , Unit Sukan & Ko Kurikulum, Unit Perhubungan & Latihan Industri, Unit Multimedia & Intruksional ,Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Unit Kediaman Pelajar, Unit Pusat Sumber dan Unit Penyelidikan dan Inovasi.

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin menawarkan program di peringkat Diploma sahaja
(3 Tahun) kepada lepasan SPM. Tawarannya terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Sementara ini politeknik belum lagi menawarkan program di peringkat Ijazah.

Jadi sampai di sini sahajalah, sambungannya akan diupdate dari masa ke semasa. Nantikan.. :)