CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Friday, February 25, 2011

Speaking dengan orang "Putih"

Semalam, pelanggan dari luar negara datang ke restoran kami untuk makan. Pelanggan tersebut sering mengunjungi restoran kami setiap sekali seminggu. Sebelum ini, rakan sekerja saya yang mengambil order untuk orang putih tetapi kali ini saya pula yang mengambil order.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga speaking dengan orang putih dan memberi servis yang terbaik. Makanan yang selalu diminta ialah salad, pizza dan 1 jug pepsi untuk dua orang. Kebiasaanya 1 jug hanya untuk satu keluarga tetapi berbeza kali ini. Mungkin kerana cara hidup mereka disana.

Akhir sekali, orang putih tersebut memberi ganjaran kepada saya kerana melayan mereka dengan baik. Nampaknya bolehlah saya melancong ke luar negara pada masa akan datang, hehehe.. ;)

Tuesday, February 8, 2011

Berlakon..?

Hari ini, aku diminta berlakon atau menjadi model sebagai pelanggan oleh bosku. Aku berlakon sebagai pelanggan tempatan bersama dengan pelanggan luar negara yang ingin makan di sebuah restoran. Seronok juga berlakon ni., tapi banyak shooting lah..

Sambil berlakon, dapat makan percuma tanpa bayar termasuk pencuci mulut iaitu aiskrim vanilla yang disediakan oleh pelayan restoran. Kami berlakon dari depan pintu restoran sehinggalah ke tempat duduk. Upahnya ialah dapat makan percuma.. hehehe..

Insya'allah, saya akan masukkan gambar dari masa ke semasa kerana ketiadaan masa yang amat sibuk bekerja.

Wednesday, February 2, 2011

Promosi Coklat Volcano dan berjaya menjualnya


Hari ini, aku berjaya menjual produk pencuci mulut/dessert "coklat volcano" sebanyak 4 ketul. Ganjarannya ialah dapat belanja makan dari manager. Dulu, permintaan coklat volcano tinggi sehingga habis produknya namun apabila sudah ada banyak stok, pihak pengurus atasan memberi tugasan kepada kami untuk mempromosikan kepada para pelanggan.

Promosi adalah untuk menarik perhatian hati pelanggan untuk mencuba sesuatu produk baru. Dengan tugasan diberikan, kita dapat melatih diri untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Jika sebelum ini, kita hanya melihat orang lain mempromosikan barang ketika ingin ke pusat membeli belah. Tetapi kini, kita pula yang mempromosikannya.

Dengan promosi yang hebat, kita berjaya mempengaruhi hati pelanggan. :)