CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Thursday, December 25, 2008

Keputusan PMR 2008

Kepada calon - calon yang mengambil Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) pada tahun 2008, keputusan akan dikeluarkan pada hari Selasa minggu hadapan iaitu 30hb.12.2008.

Wednesday, December 17, 2008

Kenapa Tuhan Menjadikan Kita

Apakah tujuan kita diciptakan? Tuhan tidak menjadikan kita ini sia-sia. Dia mencipta manusia untuk menjadi pemimpin di dunia ini. Kita juga dicipta bertujuan supaya mengabdikan diri kita kepadaNya semata-mata. Setiap makhluk adalah hambaNya, maka setiap hamba wajib mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Satu daripada tugas kita ialah menuntut ilmu. Sebagai manusia, kita perlu berilmu. Setiap ilmu/kebolehan itu perlu dipelajari dan digilap. Jadi, kita perlu belajar dan terus belajar. Ada perkara yang mesti atau wajib kita pelajari iaitu ilmu agama. Dalam ilmu agama, kita sebut fardu ain. Kita belajar asas fardu ain (solat, puasa, zakat, haji dll). Kita boleh mendalami ilmu agama ini, contohnya dalam bidang taranum Al Quran, hadis dsb.

Ilmu-ilmu lain pula adalah fardu kifayah. Ia adalah menjadi tanggungjawab masyarakat. Mesti ada sebilangan ahli masyarakat yang mempelajari ilmu-ilmu ini seperti ilmu kedoktoran, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya.

Selain itu ada bidang-bidang lain yang boleh kita pelajari, antaranya adalah seperti berikut :

  • Akademik - bahasa (BM, BI), SN, MT, SEJ, GEO, KH, PJ dll.
  • Ilmu Mempertahankan Diri - Silat, Tomoi, Kungfu dll.
  • Kesenian - Alat Muzik seperti Gitar, Piano, Drum dll.
Pilihlah bidang ilmu yang kita minat yang tidak bercanggah dengan agama. Yang penting ia berfaedah untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat.

Saya percaya tidak ada seorang pun daripada kita yang mempunyai ilmu/kemahiran dalam semua bidang. Contohnya seorang yang serba boleh seperti berkebolehan bermain semua alat-alat muzik, pandai semua sukan, boleh berlakon pelbagai watak dan menyanyi dengan baik, petah bercakap, mahir dalam beberapa bahasa (BM, BI, bahasa Arab) dll.

Seseorang itu mungkin mempunyai hanya satu atau beberapa ilmu sahaja dan bukan semuanya. Mungkin ada sebilangan kecil yang mempunyai banyak kemahiran. Tetapi dalam masyarakat, ada orang yang pandai satu bidang dan ada orang pandai dalam bidang-bidang lain. Manusia bekerjasama untuk hidup bersama-sama... Yang pandai mengajar yang tidak pandai. Yang tidak pandai kenalah belajar daripada mereka yang pandai.

Perkara asas, semua orang mesti tahu dan perlu belajar. Dari kecil, kita telah belajar mengenal huruf A, B, C, - Z dan nombor 1, 2, 3 ... Kita belajar menulis, mengeja, membaca, mengira, mengenal perkataan, membuat ayat dsb. Apabila besar, kita belajar pelbagai ilmu dan kemahiran lain seperti sukan, bertukang, komputer, memasak, menggosok dan banyak lagi.

Dari tadika masuk ke sekolah rendah, kemudian masuk ke sekolah menengah. Jika keputusan bagus, tukar ke aliran teknik, atau masuk kolej/maktab dan kita belajar pelbagai ilmu lain pula. Lepas SPM/STPM, jika cemerlang kita berpeluang belajar di universiti.

Bukan setakat belajar di sekolah sahaja, kita boleh belajar secara tidak formal dengan memerhati di sekeliling, mengikuti kuliah di TV/radio atau di masjid, membaca buku dan bertanya dengan orang yang pandai. Yang penting sumber ilmu itu betul dan daripada guru-guru yang benar...

Cubalah bayangkan betapa banyaknya ilmu yang ada. Kita cuma perlu belajar dan terus belajar. Tuhan memberikan anugerah ilmu dan kepandaian kepada manusia. Dengan memori yang Tuhan bagi dan segala nikmatnya itu, kita harus gunakan ia ke jalan yang Tuhan redai. Ia adalah untuk kebaikan kita juga.

Jika kita tidak belajar, bagaimana kita nak dapat kepandaian? Orang tua berpesan kita semua mesti belajar sampai mati. Di alam pekerjaan, kita juga akan belajar. Apabila kita mati, maka terputuslah segalanya melainkan 3 perkara yang kita bawa iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan & doa anak yang soleh... Sebab itulah menuntut ilmu itu penting!

Setakat ini dulu yang dapat saya kongsikan bersama kali ini. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikatakan... Insya allah kita sambung lagi cerita kita di lain masa...

Sunday, December 14, 2008

Kenangan Gayong

Assalamualaikum wrt brt.., saya anak Gayong Malaysia. Di sini, saya ingin tunjuk slide show Sejarah Silat Gayong untuk semua ahli PSSGM.



Al - Fatihah untuk Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman, Allahyarham Dato' Haji Ahmad Bin Lazim dan Allahyarhamah Siti Kalsom (Anak Dato Meor).., semoga rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi.

Thursday, December 11, 2008

Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidiladha

Hari Ahad yang lepas iaitu 7 Disember 2008, kami sekeluarga balik kampung di Pekan, Pahang termasuk dengan Mak Andak. Kami bertolak dari rumah pada pukul 8 pagi. Di dalam perjalanan, cuaca agak mendung dan gelap. Tak lama kemudian, hujan pun turun dengan lebat. Pada hari itu.., hujan turun dengan lebat dari pagi hingga malam tanpa henti - henti.

Kami tiba pada pukul 2 petang, di rumah wan terdapat ramai saudara mara termasuk keluarga masing - masing seperti; keluarga Ayah Andak, keluarga Ayahda, keluarga Paklang, keluarga Pakcu dan 2 saudara kecil iaitu Uteh & Ilya. Mereka juga ingin beraya di rumah wan.. Keluarga Pakcik Fik & Makngah Huda tak ada..., mereka tak beraya di sini.

Pada pukul 5 petang, sebuah lori muncul dengan membawa seekor lembu untuk dikorbankan hari esok (Isnin). Banyak aktiviti yang aku lakukan seperti tolong orang tua untuk membuat persiapan untuk esok, bersembang - sembang dengan saudara mara iaitu tanya mengenai sekolah, bagaimana duduk asrama, jalan - jalan sekitar kampung dan sebagainya.

Keesokan harinya, selepas solat sunat hari raya aidiladha, kami sekeluarga beraya di rumah Maklang. Selepas beraya di rumah Maklang, beberapa orang kampung datang untuk sembelih lembu. Aku tak tengok orang sembelih lembu secara dekat - dekat kerana ketika itu hujan masih turun. Aku tengok dari jauh - jauh, setelah selesai sembelih lembu.., daging diagih - agihkan kepada setiap orang untuk membuat masakan.

Pada petang itu, aku ke rumah Mak Andak Ma dan bermalam di situ. Pada malamnya, aku sempat buka emel di rumah Mak Andak dan bermain game FIFA 08 bersama - sama dengan saudara mara. Pada keesokan harinya, aku ke rumah Toklang kerana ada majlis tahlil. Aku lihat Pakcik Yus iaitu salah seorang tahanan lanun kapal Melati 5, wajahnya ceria kerana dia telah selamat dan bertemu dengan keluarganya. Di rumah Toklang, selepas tahlil., aku makan nasi berlauk + fresh oren.

Selepas makan, kami sekeluarga balik ke rumah wan untuk bersiap - siap pulang. Saat itu, aku berasa sedih untuk tinggalkan rumah wan.., aku tak berasa puas tinggal disana lagipun ada ramai saudara mara dan pelbagai kemudahan seperti Astro & Internet. Kami bertolak pada pukul 4:30 petang.., kami berhenti di perhentian iaitu R & R Seremban pada pukul 8:40 malam. Kami sampai di rumah pada pukul 10:30 malam.., alhamdulillah kami tiba dengan selamat.

Wednesday, December 10, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam khususnya buat ibu bapaku, saudara mara, pak saudara / mak saudara, aki, wan, dan sebagainya.


Pixel Code Graphics



Thursday, December 4, 2008

Hari Raya Haji 2008

Salam ukhwah kepada semua yang membaca blog ini...

Pengumuman untuk Umat Islam..,
Hari Raya Haji / Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Isnin minggu hadapan iaitu 8hb.Disember.2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429 Hijriah. Ucapan saya ialah " Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam "

Perubahan Secara Fizikal, Mental & Emosi.

Individu yang mempunyai sifat - sifat seperti; lambat datang sekolah, lambat datang kerja, sering kena sound dengan guru / bos, sering tidur dalam kelas, malas senaman / riadah, jarang solat, malu nak berkomunikasi / berinteraksi dan sebagainya.

Ubahlah sebelum anda terlambat ! Anda perlu ubah bukannya orang yang tolong kita ubahkan anda. Jika ketika muda, kita sering lakukan perkara yang sama., dan apabila sudah tua sangat sukar untuk kita nak ubah kerana tabiat kita sudah biasa lakukan ketika kecil.

Ada sebuah kisah.., Haikal (bukan nama sebenar) mempunyai sifat - sifat yang saya sebut tadi. Suatu hari, dia mendapat keputusan dan mendapati keputusannya merosot sehinggakan ibu bapa risau dengan anak - anak mereka. Haikal mendapati badannya lemah dan sakit - sakit badan belakang. Kerana apa? Kerana dia malas pergi jogging. Dan pada saat itulah..,dia cari punca dia kenapa keputusannya merosot padahal sebelum ini sangat cemerlang. Akhirnya dia tahu apa puncanya?

Dan saat itulah dia ingin berubah.., dia kecewa dan sedih dengan perbuatannya itu. Kita perlu mempunyai keazaman untuk berubah. Tanamlah diri kita untuk berubah. Sehari demi sehari, dia berubah seperti solat 5 waktu wajib tak tinggal, bangun pagi awal, sering pergi jogging dan sebagainya. Contohnya hari ini, kita nak ubah diri kita untuk berkomunikasi dengan kawan - kawan, masyarakat. Jika hari ini kita gagal.., jangan berputus asa ! Kita perlu berusaha sehingga kita yakin kita boleh ubah seperti orang yang berjaya dalam hidup.

Perubahan perlukan masa, bukannya hari ini kita boleh buat semua sekali. Kepada ibu bapa, anda perlulah bersabar dengan tingkah laku anak - anak dan perlu memberi peranan kepada mereka supaya berubah.

Insya allah, mereka akan ubah secara fizikal, mental dan emosi.