CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Sunday, October 19, 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008

Pada 30hb September 2008,kami sekeluarga balik kg Melaka..Tibanya di sana kira-kira pada pukul 10.30 pagi.

Petangnya, aku mengikut Tok Li untuk mengambil lemang yang telah dipesan di Simpang Ampat. Sampai kat sana, ramai pelanggan yang menunggu... ada yang datang dari jauh katanya, jadi pak cik lemang meminta kami datang semula selepas berbuka. Pada malamnya aku mengikut Tok Li sekali lagi,untuk mengambil lemang. Kami balik selepas lemang siap kira-kira jam 9.30 malam! Tok Li cakap harga sebatang lemang hanya RM5. Pak cik ini hanya membuat lemang atas permintaan pelanggan yang kenal dia sahaja...

Pagi raya, kami bersolat sunat aidilfitri di masjid Sg. Petai. Solat bermula jam 8.30 pagi. Sebelum solat, imam memberi panduan solat raya. Selepas solat dan khutbah, ada sedikit tahlil dan acara pemberian sumbangan duit raya untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. Kami keluar selepas khutbah sebab kereta ayah aku letak menghalang kereta lain di tepi jalan. Ayah aku bimbang nanti orang lain tak dapat keluar kalau kami lambat.

Kemudian kami ikut beraya di rumah nenek saudara ibu aku di rumah berhampiran. Selepas itu ke rumah keluarga suami Tok Cik. Kami singgah beraya di rumah tok guru mengaji ibu aku. Kami ziarah kubur Moyang Amah, kemudian beraya ke rumah Tok Ngah Yahya... Kami makan mi goreng di rumah Tok Ngah... Akhir sekali kami ke rumah Tok Ngah Piah. Kami tak pergi rumah Tok Cik Rahim sebab tak ada orang.

Pagi raya kedua pula, kami ke rumah Tok Lan. Lepas tu cadangnya nak beraya di rumah Tok Busu dan Tok Long... Tak ada orang! Jadi, kami berpatah balik dan singgah di rumah Tok Cik Rahim.. Kami dihidangkan sup kambing. Ketika kami dah nak balik, tok dan ayah wan baru sampai rumah Tok Cik Rahim. Ayah wan dan tok balik Melaka lepas solat raya di KL kerana menunggu Pak Ngah Faisal... Pak Ngah Faisal terpaksa bekerja pada malam raya.

Selesai beraya di rumah saudara mara di Melaka, kami bersiap-siap bertolak ke Pahang. Pukul 5 petang dari Alor Gajah melalui Selandar, Gemenceh dan Gemas. Sebelum Segamat, masuk simpang kiri arah ke Kuantan. Tiba di Muadzam Shah pada kira-kira jam 8 malam dan tiba di kampung jam 9 malam.

Jumaat, ramai saudara mara abah datang beraya. Lepas Isyak, kami beraya ke rumah baru Mak Andak Ma di Nenasi.... besar dan luas rumah Mak Andak. Aku bermain mercun dan bunga api bersama Fakhruddin dan Faris di laman rumah mereka...

Sabtu, selain beraya ke rumah saudara mara abah, kami ke majlis kahwin anak Ketua Kampung dan ke majlis bertunang sepupu abah. Sabtu malam, kami bersiap menunggu kepulangan P’cik Yus... Mereka lambat sampai sebab singgah di rumah Wan Car di KL, kemudian ke rumah saudaranya di Kuantan dan Pekan. Pak Cik Yus lebih sebulan ditahan sebagai tebusan! Dia salah seorang anak kapal Melati 5. Dia jurutera marin... Ada ceritanya dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan Harian Metro...

Pagi Ahad, Pakda dan Makda sekeluarga tiba di kampung. Kira-kira 11 pagi, kami bertolak balik ke KL melalui Muadzam Shah ke arah Kuala Pilah. Kami sampai di Ulu Bendul jam 3 petang dan sampai di PJ kira-kira jam 5 petang. Kami singgah solat sebentar di Seksyen 14. Kami selamat tiba rumah dah pukul 6 lebih. Alhamdulillah. Walaupun kereta banyak tetapi perjalanan lancar dan OK...