Semalam lepas asar, kami ke Putrajaya untuk berkumpul dan berkonvoi ke KLIA, Sepang. Sepanjang perjalanan ke Putrajaya pada waktu petang itu sangat sibuk kerana masing-masing pulang dari kerja. Kami tiba di sana pada pukul 8 malam.
Tiba saja di sana, kami makan malam yang telah disediakan untuk mengisi perut dahulu. Ramai juga yang ada disana, seronok rasanya kerana hampir 99% keluarga kerabat berkumpul dan bertandang di rumah Wan Chik. Ingatkan kami sampai lewat, rupa-rupanya Maklong Syida dan suaminya juga sama lewat seperti kami.
Pukul 8.30 malam, kami berkonvoi dari Putrajaya ke KLIA sebanyak 3 kereta sahaja. Berdasarkan jadual, flight jemaah haji tiba pada pukul 9.35 malam. Alhamdulillah segala perjalanan lancar, jemaah haji tiba lebih awal daripada jadual yang telah ditetapkan.
Kemudiannya kami bergambar kenangan bersama Acikpek dan keluarga kerabat yang lain.
Friday, November 18, 2011
Acikpek Pulang Ke Tanah Air
Posted by Adam at 10:18 PM