CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Tuesday, August 9, 2011

My Experience in Test JPJ

Semalam, aku menduduki ujian memandu JPJ iaitu bahagian 2 & 3. Nak dapat P kenalah lulus kedua-duanya sekali. Bahagian 2 adalah mandatori manakala bahagian 3 pula ialah jalan raya. Tibanya di litar, aku dapat nombor giliran yang ke-24 sesi 1 pada pukul 8.30 pagi.

Kemudiannya, kami diberi taklimat mengenai ujian dari pegawai JPJ dan seterusnya mendaftarkan diri untuk menguji pemanduan. Ketika mendaftar, aku dapat nombor yang ke-21 daripada jumlah keseluruhannya ialah seramai 120 orang dalam sehari.

Aku boleh lakukan kesemuanya kecuali ketika buat imbangan naik bukit je yang lemah. Percubaan yang pertama, disebabkan gementar..tayar depan kereta Kancil tak masuk garisan kuning. Nasib baik, pegawai JPJ bagi percubaan yang kedua.

Alhamdulillah berjaya juga. Lepas itu, aku terus buat parking dan 3 penjuru. Selepas itu pula, aku dikehendaki menduduki ujian memandu bahagian 3 pula. Ketika ujian bahagian 3 iaitu jalan raya, aku dapat kereta Viva baru. Nasib baik sebelum ini pernah bawa Viva. Jadi senanglah.. huhu..

Lepas menjalani kedua-dua ujian tersebut, aku berjaya lakukan dengan terbaik dan bersyukur kerana lulus. Begitulah ceritanya.. :)