CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Thursday, May 2, 2013

Pesta Buku 2013

 

 

 

Hai, bertemu lagi kita pada kali ini. Hari ini, saya dan adik (Amirul) ke Putra World Trade Centre atau nama singkatannya ialah PWTC kerana ada Pesta Buku yang berlangsung sepanjang 7 hari sehinggalah hari mengundi. Perjalanannya ke PWTC ok dan tidaklah ramai pengunjung seperti hari minggu / cuti umum.

 

Sampai sahaja disana, teksi terus hantar saya di level 5 iaitu atas sekalilah. Jadi saya pun, jalanlah pusing-pusing tengok buku dan lawat gerai dari atas hinggalah bawah (level 1). Saya hanya dapat beli 3 buah buku sahaja yang berkaitan dengan jurusan diambil di booth press. Amat sukar bagi saya untuk mencari buku yang berkaitan kerana terhad.
 
 

Makanan dan minuman distu sekitar RM3 hingga RM7. Faham-fahamlah makan di dalam PWTC dengan meja bulat, kerusi lembut, berhawa dingin dan mempunyai waiters macam kat Hotel. Memang mahal lah harganya. Huhuhu.. Tiba-tiba, kaki+sengal-sengal otot mula berasa lenguh dan sakit badan kerana dah pusing 1 PWTC dan lawat semua gerai sehingga dah khatam sekitar tempat!


Jadi sambil belek-belek buku terbitan karangkraf,  ada seorang krew karangkraf menyoal saya " Dik, boleh tak jadi krew tambahan ambil gambar untuk akhbar Utusan? ". Saya terus terkelu dan cam tak caya je ditawarkan sebegitu rupa. ' Biar betul? '. 1st time dalam seumur hidup saya. Disebabkan masa tak mengizinkan, saya tolak tawaran itu kerana perlu pulang ke rumah sebelum orang bekerja pulang untuk elak daripada sesak. Insya'allah jika diberi peluang lagi, pasti saya akan menerimanya. :D