Bahagian Kitchen
Friday, December 7, 2012
Nostalgia di PH BSD
Bahagian Kitchen
Posted by Adam at 8:12 AM
Thursday, December 6, 2012
Cerita di PH BSD
Ketika melawat dan makan di Restoran Pizza Hut Bandar Sri Damansara petang semalam, aku mendapati banyak perubahan yang telah berlaku..
Walaupun kini telah berwajah baru, manager dan staf baru tetapi manager, staf, rider atau team yang dulu telah tiada. Masing2 telah berpindah, sambung belajar, berkahwin, buka kedai lain, berhenti dan sebagainya.. Hanya seorang sahaja yang kekal disitu iaitu Hashem Ali (pembuat pizza).
Rasa macam nak cari balik je team2 dulu supaya bekerja kembali atau buat reunion sambil makan dan meraikan PH BSD baru ini. Ketika makan pizza tadi sambil menenangkan fikiran, tiba-tiba rasa semangat je nak kerja balik seperti ada aura di situ. Yela siapa tak nak, kerja di tempat suasana yang baru.
Sebelum PH BSD berwajah baru dibuka lagi, aku telah berusaha mencari team2 lama untuk buat reunion makan bersama tetapi masing2 sibuk. Akhirnya aku berdua iaitu adikku Amirul makan di PH BSD sebelum kami balik ke Perlis tidak lama lagi.
Dibawah ini adalah gambar kami berdua makan di PH BSD : -
Posted by Adam at 8:30 AM
Wednesday, December 5, 2012
Pizza Hut BSD berwajah baru
Hari ini, aku ke Pizza Hut untuk melawat tempat kerja lama sambil makan di Bandar Sri Damansara. Lagipun dah lama tak makan pizza dan ingin melawat Pizza Hut yang telah diubahsuai iaitu renovate. Ketika aku cuti sem baru-baru ini, aku mendapati Pizza Hut di tempat kerja part time ku sedang di dalam pengubahsuaian.
Fikiranku terfikir adakah pizzahut telah berpindah ke tempat lain? atau sedang renovate? Rupa-rupanya pizzahut bsd sedang renovate ke reka bentuk zaman kini yang penuh ekslusif, cantik dan terbaik.
Haa..inilah rupa Pizza Hut BSD yang berwajah baru. Sejuk dengan air-cond nya, sungguh cantik designnya, perabot baru dsb. Bolehlah lihat gambar2 di bawah :
Ini jela yang sempat diambil, banyak lagi gambar yang belum diambil.. Nanti apa pula kata pengurus dan kakitangan baru di situ pula.
Sebabnya ketika ambil gambar diatas lagi diaorang dah pelik kenapa ambil gambar ni? CMS ke? hehe.. :P
Posted by Adam at 8:10 PM
Thursday, October 18, 2012
Sunday, September 23, 2012
Montaj Gegar Stress
Inilah hasil video pertamaku sumbangan untuk program JPKK & RAPI.
Kepada pelajar PTSS, anda dijemput hadir ke program kami untuk memeriahkannya.
Posted by Adam at 4:42 PM
Tuesday, September 11, 2012
MAFEP Politeknik Malaysia 2012
Pada 6 September 2012, aku telah ditugaskan untuk shooting di Dewan Harum Manis. Dibawah ini adalah gambar aku di atas 'track', maaf gambar agak kabur kerana suruh kawan tolong snapkan guna handphone,huhu..
Petangnya, ketika sedang membeli makanan.. Aku terjumpa dengan kawan sekelasku ketika waktu tingkatan 4 dan 5 Akaun. Dia sekarang belajar di Politeknik Muadzam Shah dan merupakan YDP JPP. Tak sangka dia juga aktif dalam persatuan.
Pada malam terakhir turut aku bertugas iaitu majlis penutup dan keputusan keseluruhan pemenang, raja Perlis juga turun ketika itu. Sungguh meriah sekali.. Keputusannya ialah :-
- Politeknik Ungku Omar
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Gambar pada malamnya pula ;
Posted by Adam at 5:55 PM
Monday, September 10, 2012
Kawanku bernama Mega
Hari ini, Mega atau nama sebenarnya Muhammad Solehin belanjaku makan KFC.. Walaupun dia telah berhenti dan tidak teruskan belajar lagi kerana kesihatannya tetapi dia masih ingat padaku di PTSS. Aku dapat bertemu dengannya buat kali kedua pada sem ini, dulu kami makan bersama di Kafe Pentadiran PTSS manakala hari ini pula belanja makan KFC.
Aku dapat tahu, dia kini telah bekerja dengan JPAM dan berniaga, mempunyai kereta sendiri iaitu hasil usahanya dengan Ipadnya dan badannya makin berisi berbanding waktu ketika belajar sem lepas kerana sakit. Katanya jika tidak buat apa-apa aktiviti, dia boleh rebah dan pengsan. Katanya juga dia akan bernikah pada tahun depan.
Katanya nak balas budiku yang telah banyak menolongnya ketika sem lepas, syukur alhamdulillah kerana mempunyai kawan yang baik seperti Mega. Katanya lagi, segala urusan berhenti dari belajar sudah pun selesai.
PS
Cuba lihat gambar diatas, aku rasa makin kurus sebab belajar dan hari-hari naik turun tangga pi kelas. Huhuhu..
Posted by Adam at 6:01 PM
Tuesday, August 14, 2012
Berbuka Puasa di Kangar
Semalam, aku berbuka puasa bersama rakan sekuliah di Restoran Embun Dingin Steambot Kangar, Perlis. Dalam masa yang sama juga, aku bertemu dengan rakan sekolah yang juga rakan sekelasku dulu. Kebetulan je tu tanpa perjanjian, dia pun datang dengan rakan kuliah UiTM Arau tapi lambat sedikit lepas maghrib.
Kami tiba awal sebelum maghrib lagi, ketika berbuka..datang pula rombongan kelas adikku, tak sangka depa pun berbuka di tempat yang sama. Makanannya amat sedap dan kenyang sampai takdan nak bangun, huhuhu.. Akhirnya tercapai juga hajat seorang kawan nak berbuka puasa dengan rakan sekelas di luar.
Yela mana taknya, ada yang duk dalam n luar. 1 kepala hanya RM13 sahaja termasuk nasi dan air. Boleh tambah jika nak makan lagi. Syaratnya kalau makanan tak habis kena caj la, so kenalah habiskan apa yang kita ambil.
PS
Gambar yang lain akan diupdate lagi.
Posted by Adam at 4:42 PM
Friday, June 22, 2012
Friday, June 15, 2012
Jerebu
Posted by Adam at 9:37 AM
Monday, May 28, 2012
Hari Belia Negara 2012
Sempena Hari Belia Negara tahun ini, aku dan adik kembarku ke Putrajaya buat kali pertamanya. Walaupun Hari Belia Negara ada setiap tahun pada bulan Mei tetapi tidak pernah turun untuk melihatnya. Akhirnya dapat juga kami turun untuk menyaksikannya. Hampir 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang 23 Mei sehingga 27 Mei 2012.
Tengah harinya pula, aku makan char kuey teow di sebuah gerai sambil melihat orang bermain muzik. Minuman yang dijual agak mahal sekitar RM2 ke RM3 manakala makanan pula RM5 ke atas. Nak tak nak terpaksa belilah untuk mengisi perut. Lepas makan, kami melihat pula aktiviti sukan lasak iaitu Drift dan pameran kereta. Seterusnya ke masjid besi untuk solat Zohor & Asar berjemaah.
Posted by Adam at 11:00 PM
Sunday, May 27, 2012
1st Time Makan Nasi Kerabu
Hari ini adalah merupakan kali pertama aku makan nasi kerabu di dalam sejarah, hahaha.. Sedap juga ye, walaupun nampak pelik kerana warna nasinya biru. Yelah kalau sebelum ni kita selalu makan nasi putih dan nasi goreng, minyak, (kuning/oren). Hehe..
Apa tu nasi kerabu? Haa..nasi kerabu ni merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan dan biasanya dimakan dengan ikan bilis atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.
Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.
Kalau nak tahu nasi kerabu ni amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu serta boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada. Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.
Posted by Adam at 9:00 PM
Monday, March 19, 2012
Tuesday, January 31, 2012
Story Simple
Hari ini, lecture dari JMSK mengajar membuat blog dari A sampai Z kepada semua pelajar kelasku. Sesiapa yang dah ada blog, hanya perlu update sahaja. Sekurang-kurangnya 3 cerita/posting terbaru.
Pukul 2-4 petang ni ada kelas Pn Yanie, doakan saya semoga dipermudahkan dan projekku diterima oleh pensyarah. Amin..
Posted by Adam at 9:52 AM
Perhatian..
Assalamualaikum kepada semua dan salam 1 Malaysia, mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa blog ini tidak aktif (tiada post baru). Maafkan saya kerana sudah sebulan saya tidak mengupdate blog ini kerana sibuk sambung belajar jauh daripada kota.
Insya'allah saya akan aktif kembali mengupdate blog ini dari masa ke semasa sekiranya saya free. Nantikannya... :)
Posted by Adam at 9:23 AM