Inilah hasil video pertamaku sumbangan untuk program JPKK & RAPI.
Kepada pelajar PTSS, anda dijemput hadir ke program kami untuk memeriahkannya.
Sunday, September 23, 2012
Montaj Gegar Stress
Posted by Adam at 4:42 PM
Tuesday, September 11, 2012
MAFEP Politeknik Malaysia 2012
Pada 6 September 2012, aku telah ditugaskan untuk shooting di Dewan Harum Manis. Dibawah ini adalah gambar aku di atas 'track', maaf gambar agak kabur kerana suruh kawan tolong snapkan guna handphone,huhu..
Petangnya, ketika sedang membeli makanan.. Aku terjumpa dengan kawan sekelasku ketika waktu tingkatan 4 dan 5 Akaun. Dia sekarang belajar di Politeknik Muadzam Shah dan merupakan YDP JPP. Tak sangka dia juga aktif dalam persatuan.
Pada malam terakhir turut aku bertugas iaitu majlis penutup dan keputusan keseluruhan pemenang, raja Perlis juga turun ketika itu. Sungguh meriah sekali.. Keputusannya ialah :-
- Politeknik Ungku Omar
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Gambar pada malamnya pula ;
Posted by Adam at 5:55 PM
Monday, September 10, 2012
Kawanku bernama Mega
Hari ini, Mega atau nama sebenarnya Muhammad Solehin belanjaku makan KFC.. Walaupun dia telah berhenti dan tidak teruskan belajar lagi kerana kesihatannya tetapi dia masih ingat padaku di PTSS. Aku dapat bertemu dengannya buat kali kedua pada sem ini, dulu kami makan bersama di Kafe Pentadiran PTSS manakala hari ini pula belanja makan KFC.
Aku dapat tahu, dia kini telah bekerja dengan JPAM dan berniaga, mempunyai kereta sendiri iaitu hasil usahanya dengan Ipadnya dan badannya makin berisi berbanding waktu ketika belajar sem lepas kerana sakit. Katanya jika tidak buat apa-apa aktiviti, dia boleh rebah dan pengsan. Katanya juga dia akan bernikah pada tahun depan.
Katanya nak balas budiku yang telah banyak menolongnya ketika sem lepas, syukur alhamdulillah kerana mempunyai kawan yang baik seperti Mega. Katanya lagi, segala urusan berhenti dari belajar sudah pun selesai.
PS
Cuba lihat gambar diatas, aku rasa makin kurus sebab belajar dan hari-hari naik turun tangga pi kelas. Huhuhu..
Posted by Adam at 6:01 PM