CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Sunday, May 27, 2012

1st Time Makan Nasi Kerabu


Hari ini adalah merupakan kali pertama aku makan nasi kerabu di dalam sejarah, hahaha.. Sedap juga ye, walaupun nampak pelik kerana warna nasinya biru. Yelah kalau sebelum ni kita selalu makan nasi putih dan nasi goreng, minyak, (kuning/oren). Hehe..

Apa tu nasi kerabu? Haa..nasi kerabu ni merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan dan biasanya dimakan dengan ikan bilis atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.

Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Kalau nak tahu nasi kerabu ni amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu serta boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada. Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.