Friday, August 26, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Akhirnya..
Sudah hampir 15 hari aku menunggunya, akhirnya siap juga lesen P aku. Baru kejap tadi, aku semak di JPJ online. Mungkin esok lusa, aku akan ambil lesen tersebut. Bolehlah beraya sakan tahun ini sebab lesen dah siap, hehehe..
Kalau tak siap, mesti asyik tertanya-tanya sahaja di fikiranku. Kenapa lambat siap? Biasanya mengambil masa 2 hari sahaja dah siap. Apa-apa pun syukur alhamdulillah, amin..
Posted by Adam at 3:19 PM
Friday, August 19, 2011
Sekitar Masjid Malam Ramadan Tahun Ini
Alhamdulillah kini telah masuk puasa yang ke - 19. Dari awal permulaan hingga kini, bilangan jemaah masih kekal dan ramai. Tidak seperti sebelum ini, mula-mula ramai.. lepas tu berkurangan.
Lihat gambar di bawah.
Posted by Adam at 10:13 PM
Wednesday, August 10, 2011
This Is My Story
www.this-is-my-story.com/v/74F1L03856KM
* Sila klik link diatas untuk melihatnya.
Sekiranya tidak boleh, anda perlu menyalin semula link di atas kepada 'new tab' lain. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Posted by Adam at 4:34 PM
Tuesday, August 9, 2011
My Experience in Test JPJ
Semalam, aku menduduki ujian memandu JPJ iaitu bahagian 2 & 3. Nak dapat P kenalah lulus kedua-duanya sekali. Bahagian 2 adalah mandatori manakala bahagian 3 pula ialah jalan raya. Tibanya di litar, aku dapat nombor giliran yang ke-24 sesi 1 pada pukul 8.30 pagi.
Kemudiannya, kami diberi taklimat mengenai ujian dari pegawai JPJ dan seterusnya mendaftarkan diri untuk menguji pemanduan. Ketika mendaftar, aku dapat nombor yang ke-21 daripada jumlah keseluruhannya ialah seramai 120 orang dalam sehari.
Aku boleh lakukan kesemuanya kecuali ketika buat imbangan naik bukit je yang lemah. Percubaan yang pertama, disebabkan gementar..tayar depan kereta Kancil tak masuk garisan kuning. Nasib baik, pegawai JPJ bagi percubaan yang kedua.
Alhamdulillah berjaya juga. Lepas itu, aku terus buat parking dan 3 penjuru. Selepas itu pula, aku dikehendaki menduduki ujian memandu bahagian 3 pula. Ketika ujian bahagian 3 iaitu jalan raya, aku dapat kereta Viva baru. Nasib baik sebelum ini pernah bawa Viva. Jadi senanglah.. huhu..
Lepas menjalani kedua-dua ujian tersebut, aku berjaya lakukan dengan terbaik dan bersyukur kerana lulus. Begitulah ceritanya.. :)
Posted by Adam at 5:23 PM
Monday, August 8, 2011
Test JPJ
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.. Akhirnya berjaya juga.. Inilah keputusannya. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu. :)
Ingin tahu ceritanya lebih lanjut? Nantikan sambungannya..
Posted by Adam at 4:57 PM
Wednesday, August 3, 2011
Kepada Warga SMKSK 2009 - 2010
Temui saya di Masjid Al-Muttaqin Wangsa Melawati pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat malam. Jom solat terawih..
Bersama-samalah kita mengimarahkan masjid. :)
Lepas solat, bolehlah makan-makan di kedai sambil berbual panjang.
Posted by Adam at 12:17 AM