Thursday, May 19, 2011
Wednesday, May 18, 2011
Makan Malam 2011
Semalam, aku dijemput ke majlis makan malam di sebuah restoran. Penganjurnya ialah seorang kawan lama yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim setelah sekian lama tidak bertemu.
Majlisnya bermula pada pukul 8malam hingga 10malam. Ramai juga rakan-rakan lama yang aku temui disana. Sambil menunggu rakan yang lain, aku bertanya khabar, berbual-bual dan pelbagai cerita dikongsikan bersama.
Inilah gambar yang dapat dijadikan kenangan..
Posted by Adam at 4:20 PM
Wednesday, May 4, 2011
Alhamdulillah Dapat Tawaran
Hari ini, aku dapat tawaran bidang yang aku minati selama ini dalam bahagian 'Sastera dan Sains Sosial'. Syukur, alhamdulillah kerana terpilih mengikuti program tersebut. Aku dikehendaki melaporkan diri pada 13 JUN 2011 di Melaka.
Walaubagaimanapun, aku perlu tunggu jawapan tawaran dari IPTA atau Politeknik pada 22 Mei 2011 ini bagi menentukan aku untuk memilih tempat dan membuat keputusan muktamad. :)
Posted by Adam at 4:17 PM