CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Monday, June 28, 2010

Menziarahi Aki di Pahang

Pada hari Jumaat 25/6/2010, aku mengikut keluargaku balik kampung di Pahang kerana untuk menziarahi Aki yang sakit. Sebenarnya hari esok (Sabtu), aku ada aktiviti bermain boling bersama rakan-rakan untuk sekolah tetapi ada hal pula. Terpaksalah aku balik kampung..

Yang mana lebih penting? Menziarah atau bermain Boling?? Main boling, bila-bila sahaja boleh bermain dan di mana sahaja. Betul tak? Kami bertolak pada pukul 4 petang dan selamat tiba pada 9 malam di Pahang. Sepanjang perjalanan, cuaca asyik mendung, gelap dan hujan.

Di rumah wan, ada keluarga Makngah Huda, Maklang dan Acik Pek. Kesian Aki kerana sakit tua. Esok pula, Izzat bersama keluarga datang untuk menziarahi Aki. Petang pula, keluarga Makda dan Mak'andak Ma datang.. Tetapi saudara sebaya denganku tidak ada lah kerana masing-masing tinggal di asrama dan ada yang dah masuk Universiti.

Aku bosan kerana ketiadaan mereka namun aku buat kerjaku sendiri seperti buat kerja-kerja yang belum di siapkan serta "assignment presentation" yang akan di bentang pada hari Isnin ini. Selain itu juga, aku turut turun duduk bersama-sama Pak dan Mak Saudara. Mendengar isu-isu mereka. Hehehe..

Malam itu, aku bertanya kepada Ayahngah mengenai "assignmentku". Maklumlah ramai cikgu-cikgu di sana. Ada cikgu BM, BI, Math, Geografi, Teknikal dan sebagainya. Jadi Ayahngah pun tunjuk ajar kepadaku. Terima kasihlah kepada Ayahngah kerana menunjuk ajar..

Keesokan harinya, keluarga Makngah Huda pulang pada awal pagi iaitu pukul 5 dan kami pula pulang selepas waktu Zohor. Di harap, pada masa akan datang kami dapat pulang ke kampung semula untuk merehatkan minda!

Wednesday, June 16, 2010

Kenduri Rumah Tahfiz & Anak-Anak Yatim

Semalam selepas aku menunaikan solat Asar, pakngah Faisal mengajak aku pergi kenduri ke "Rumah Tahfiz & Anak-Anak Yatim" di Ampang. 4 wakil sahaja yang pergi iaitu aku, Amir, Pakngah Faisal dan Ayahwan. Kami tiba di sana pada pukul 7 malam, kemudiannya kami menunggu kawan Pakngah di depan Masjid untuk pergi bersama-sama.

Sejurus kemudian, kami tiba di rumahnya. Aku bersalam-salaman dengan saudara yang hadir ke kenduri itu. Masing-masing (muslimah) sedang bertungkus lumus menyiapkan makan malam bersama katering. Kaum muslimin pula pergi ke Masjid untuk solat Maghrib.

Lepas Maghrib, kami pergi semula ke rumah 'De Bella' kerana ada bacaan yassin. Selepas habis baca yassin, acara penyampaian hadiah kepada anak-anak yatim dan tahfiz dimulakan. Kemudiannya, kami bergambar bersama mereka untuk buat kenang-kenangan.

Selepas bergambar, penasihat "De Bella" mengajak kami makan malam. Sambil makan-makan, kami bertanya kepada penghuni rumah tersebut seperti nama siapa?, pelajaran bagaimana? dan sebagainya. Kemudiannya kami solat Isyak berjemaah. Selepas berbual-bual, akhirnya kami meminta diri untuk pulang kerana hari sudah malam. Esok sekolah dan bekerja..

Sunday, June 6, 2010

Semangat 2010

Petang tadi, aku sekeluarga ke UIA PJ untuk melawat Kak Husna. Tiba sahaja di sana, aku melihat di sekeliling kampus, begitu ramai pelajar yang telah berjaya masuk ke alam Universiti. Tiba-tiba, sesuatu jiwa kecilku yang sedang membara-bara. Jiwaku mengingatkan aku untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk masa depan.

Bayangkan sekarang telah masuk bulan Jun, tinggal empat bulan lagi untuk SPM 2010. Segala input dan output perlu sedia mulai sekarang seperti buat latihan, membaca, menghafal formula-formula dan sebagainya. Aku rasa bersemangat untuk berjuang..

Selepas berjumpa Kak Husna, pelbagai soalan yang kami tanya dan memberi sedikit juadah. Selepas berbual-bual, kami meminta diri untuk pulang. Kami lihat Kak Husna macam sedih kerana keluarganya tinggal berjauhan.