CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Sunday, February 7, 2010

Bermain Bowling di Kelab Mount Kiara

Pada hari Sabtu 6.2.2010, aku mengikut ayahku bermain bowling sempena Pertandingan Bowling pejabat Abah di Kelab Mount Kiara selepas solat Zohor. Tibanya di sana, aku mendengar gendang yang begitu kuat sekali.. Ingatkan pasukan sorakan, rupa-rupanya pengantin sedang berjoget dan menyanyi.

Kemudian, aku terus masuk ke pusat bowling. Ramai kawan-kawan abah masuk pertandingan bowling. Tujuannya adalah untuk mengeratkan ukhwah persaudaraan dan merehatkan minda daripada kerja.

Sebelum permainan bermula, aku belajar cara bermain bowling. Sambil-sambil itu, aku mencubanya. Pada mulanya agak kekok kerana tidak ada pengalaman bermain bowling, lama kelamaan sudah biasa dan tahu caranya. Nak main bowling kena ada teknik, bukan begitu?

Selepas perasmian permainan bowling, Pertandingan Bowling dimulakan. Satu pasukan mempunyai 3 peserta sahaja. Aku dan Amir memberi sokongan, 1 game ada 3 pusingan. Hampir 3 jam pertandingan itu di jalankan. Kumpulan ayahku mendapat hadiah saguhati. Cadangnya nak bermain bowling apabila habis pertandingan tapi pusat bowling itu hampir nak tutup. Jadi minggu depan jela..

PS
Untuk makluman anda, saya merupakan ahli Persatuan Permainan Tenpin Bowling di Sekolah. Itulah sebabnya nak belajar teknik-tekniknya dahulu.