CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Sunday, February 14, 2010

Bermain Bowling Bersama Keluarga

Hari ini aku ke Sunway Pyramid bersama-sama keluarga untuk bermain bowling. Sampai sahaja di sana, kami berjalan-jalan disekitarnya untuk mencuci mata sambil bergambar kenang-kenangan.

Selepas itu, kami ke pusat bowling yang terletak di Sunway Mega Lanes. Walaupun ketika itu cuti Tahun Baru Cina, aku lihat ramai orang yang datang untuk bermain bowling termasuk pelancong luar negara. Kami bermain bowling di lane 21 daripada 46 lane.

Kali pertama, aku dapat menjatuhkan semua pin (strike) sebanyak 3 kali.. Alhamdulillah aku bersyukur kerana inilah kali pertama aku berjaya buat strike. Ibu bapaku memberi sokongan.

Yang paling mengecewakan adalah ketika game ketiga, aku dapat nombor tercorot kerana tangan kananku lenguh dan sakit. Ketika itu aku bermain dengan Abah, Amir dan Paksu. Akhir sekali, kami diberi peluang bermain secara percuma. Aku buat betul-betul kerana tidak berpuas hati dengan keputusanku dan berjaya buat hampir "5 kali strike".

Game terakhir, Abah lawan Paksu dan Abah berjaya menangi perlawanan itu. Begitulah ceritanya..