CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Monday, February 15, 2010

Aktivitiku Hari Ini & Motivasi

Hari ini, aku menolong ibuku menanam pokok bunga dan membersihkan sekeliling kawasan rumah supaya kelihatan bersih dan tersusun rapi. Aktiviti ini dapat membuatkan fikiran kita tenang daripada stress belajar.

Pelbagai cara yang boleh dibuat untuk menangani stress sama ada belajar ataupun bekerja. Antaranya ialah mendengar muzik (instrumental), berurut, mengaji Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

Cuba bayangkan sambil-sambil kita membuang rumput-rumput yang ada di dalam pasu bunga, menggembur tanah dan menanam pokok. Kita dapat menghirup udara segar (Oxygen) yang dibekalkan oleh tumbuh-tumbuhan dan menghembus karbon dioksida (CO2) yang ada di dalam tubuh kita. Dari situlah, kita dapat menenangkan fikiran kita.

Selain itu, kita dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga. Jadi pandai-pandailah kita membawa diri sendiri untuk melakukan kerja-kerja amal untuk menenangkan diri. Insya-Allah jika ada kesempatan, saya akan mengupas serba sedikit tajuk motivasi pula.

Jumpa lagi, salam 1 Malaysia.

Sunday, February 14, 2010

Bermain Bowling Bersama Keluarga

Hari ini aku ke Sunway Pyramid bersama-sama keluarga untuk bermain bowling. Sampai sahaja di sana, kami berjalan-jalan disekitarnya untuk mencuci mata sambil bergambar kenang-kenangan.

Selepas itu, kami ke pusat bowling yang terletak di Sunway Mega Lanes. Walaupun ketika itu cuti Tahun Baru Cina, aku lihat ramai orang yang datang untuk bermain bowling termasuk pelancong luar negara. Kami bermain bowling di lane 21 daripada 46 lane.

Kali pertama, aku dapat menjatuhkan semua pin (strike) sebanyak 3 kali.. Alhamdulillah aku bersyukur kerana inilah kali pertama aku berjaya buat strike. Ibu bapaku memberi sokongan.

Yang paling mengecewakan adalah ketika game ketiga, aku dapat nombor tercorot kerana tangan kananku lenguh dan sakit. Ketika itu aku bermain dengan Abah, Amir dan Paksu. Akhir sekali, kami diberi peluang bermain secara percuma. Aku buat betul-betul kerana tidak berpuas hati dengan keputusanku dan berjaya buat hampir "5 kali strike".

Game terakhir, Abah lawan Paksu dan Abah berjaya menangi perlawanan itu. Begitulah ceritanya..

Sunday, February 7, 2010

Bermain Bowling di Kelab Mount Kiara

Pada hari Sabtu 6.2.2010, aku mengikut ayahku bermain bowling sempena Pertandingan Bowling pejabat Abah di Kelab Mount Kiara selepas solat Zohor. Tibanya di sana, aku mendengar gendang yang begitu kuat sekali.. Ingatkan pasukan sorakan, rupa-rupanya pengantin sedang berjoget dan menyanyi.

Kemudian, aku terus masuk ke pusat bowling. Ramai kawan-kawan abah masuk pertandingan bowling. Tujuannya adalah untuk mengeratkan ukhwah persaudaraan dan merehatkan minda daripada kerja.

Sebelum permainan bermula, aku belajar cara bermain bowling. Sambil-sambil itu, aku mencubanya. Pada mulanya agak kekok kerana tidak ada pengalaman bermain bowling, lama kelamaan sudah biasa dan tahu caranya. Nak main bowling kena ada teknik, bukan begitu?

Selepas perasmian permainan bowling, Pertandingan Bowling dimulakan. Satu pasukan mempunyai 3 peserta sahaja. Aku dan Amir memberi sokongan, 1 game ada 3 pusingan. Hampir 3 jam pertandingan itu di jalankan. Kumpulan ayahku mendapat hadiah saguhati. Cadangnya nak bermain bowling apabila habis pertandingan tapi pusat bowling itu hampir nak tutup. Jadi minggu depan jela..

PS
Untuk makluman anda, saya merupakan ahli Persatuan Permainan Tenpin Bowling di Sekolah. Itulah sebabnya nak belajar teknik-tekniknya dahulu.