CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, October 3, 2009

Gred Baru SPM

Sistem penggredan baru SPM akan diperkenalkan pada tahun ini. Pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang bermula A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru ini akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G.

Tujuan diperkenalkan penggredan baru adalah untuk menggantikan kaedah lama yang tidak mempunyai pecahan gred bagi calon cemerlang. Berdasarkan kaedah lama, sukar bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memilih mereka yang benar-benar cemerlang dan layak mendapat tajaan dan universiti terkemuka.

SISTEM GRED BARU SPM

* - > A+
* 1A > A
* 2A > A-
* 3B > B+
* 4B > B
* 5C > C+
* 6C > C
* 7D > D
* 8E > E
* 9G > G

Gred A+ ( cemerlang ) akan ditambahkan melalui penggredan baru ini.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam khususnya kepada keluarga, teman-teman seperjuangan, sahabat-sahabat handai, rakan-rakan, guru-guru dan semua orang yang aku kenali di dunia ini serta tak terlupa diucapkan kepada pengunjung blog ini. Dihari yang mulia ini, saya ingin memohon maaf sekiranya saya ada buat salah dan silap kepada semua seandainya ada yang sakit hati, terasa ke, atau sebagainya. Saya minta maaf sangat2 dari hujung rambut sehingga hunjung kaki, " Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ".

Friday, September 18, 2009

Bayar Zakat Fitrah

Selepas solat Jumaat tadi, aku membayar 'Zakat Fitrah' untuk diri sendiri kepada amil bertugas. Ayah aku suruh aku belajar... Aku tengok ramai lagi remaja sebaya aku berbaris untuk membayar zakat fitrah.

Ni adalah kali pertama aku membayar zakat untuk diriku sendiri. Aku berterima kasih kepada ayahku kerana dialah yang menyuruh aku belajar membayar sendiri serta menerangkan cara-caranya. Tadi amil bertugas meminta aku membaca niat zakat fitrah sambil bersalam. Selepas itu dia berdoa kepada Allah s.w.t...

Insyaallah pada tahun-tahun akan datang, aku akan meneruskan pelajaran yang telah aku belajar pada hari ini dengan membuat sendiri sehinggalah aku dewasa kelak. Membayar zakat fitrah sememangnya suatu kewajipan bagi setiap umat Islam dengan syarat-syarat yang ditetapkan...

Baca info zakat di sini...

Tuesday, September 1, 2009

Pengumuman..

Kepada semua pembaca blog, sambil-sambil melihat dan membaca isi-isi yang ada di blog ini.. Marilah kita bersama-sama mendengar dan menghayati lagu raya yang telah saya sediakan dan mengingatkan kenangan-kenangan / memori hari raya aidilfitri yang lalu yang boleh membuatkan kita berasa tenang daripada stress.

Selamat mendengar..

Monday, August 31, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 52



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sunday, August 30, 2009

Jalan - Jalan

Hari ini, kami sekeluarga ke PJ untuk mengambil pakaian yang telah siap ditempah tetapi malang kerana kedai itu tutup. Kemudiannya kami ke Puchong untuk beli laptop jenis COMPAQ untuk makda. Kami bertolak dari rumah pada pukul 11pagi, hampir 4 jam kami di kedai jual laptop kerana pekerja sedang install perisian-perisian komputer.

Selepas solat Zohor, kami ke Putrajaya untuk melihat-lihat di sekitar kawasan Putrajaya dan menunaikan solat Asar secara jemaah di Masjid Baru Presint 3. Masjid itu dinamakan Masjid Sultan Mizan dan mampu menampung seramai 20 000 orang. Selepas bergambar untuk dijadikan kenangan, kami ke Bangi untuk mengambil jubah yang telah siap.

Kemudiannya kami membeli juadah untuk berbuka di Bazar Ramadhan, Bangi. Kami berbuka di dalam kereta kerana perjalanan pulang dari Bangi ke Damansara mengambil masa dalam setengah jam. Begitulah ceritanya..

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarrak 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, August 21, 2009

Puasa Ramadhan Bermula..

Pengumuman kepada semua, esok pada hari Sabtu (22/8/09) adalah hari pertama berpuasa sehingga pada hari Sabtu (19/9/09). Diharap pada malam ini, menonton rancangan dari Pemegang Cop Mohor di TV3 untuk memaklumkan dan mengesahkan tarikh hari berpuasa.

Sunday, May 31, 2009

Hari Keluarga MQA 2009

Semalam, kami ke Sunway Lagoon kerana ada hari keluarga MQA. Tibanya disana, kami bersarapan dahulu yang disediakan pihak MQA. Selepas bersarapan, acara sukan bermula iaitu lay n egg, rescue 911 dan tarik tali dalam air. Aku berasa seronok kerana bermain acara sukaneka di dalam air. Selepas acara sukan, aku menerima hadiah.

Kemudiannya aku bermandi-manda di kawasan Sunway Lagoon selama 2jam dan mencuba aktiviti'Flying Fox' sepanjang 400 meter dari atas sehingga di tempat kolam mandi. Pada asasnya, aku berdebar-debar apabila tiba giliran aku untuk turun. Apabila sampai sahaja dibawah, aku bersyukur kerana selamat dan aku rasa ingin mencuba sekali lagi sebab best. Selepas menaiki flying fox, aku dan keluargaku ke "Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park".

Kami ke zoo di Wildlife Park untuk melihat haiwan-haiwan yang ada disitu dan melihat Animal Show. Selepas melihat, kami menaiki kereta api mengelilingi kawasan Sunway Lagoon. Selepas itu, kami ke World of Adventure pulak. Aku menaiki kereta kasut, Buffalo Bill Coaster dan Wagon Wheel. Kami tak naik Roller Coaster dan Tomahawk sebab takut!

Selepas ke World of Adventure, kami merentasi jambatan gantung iaitu Pedestrian Suspension Bridge sepanjang 400 meter bersebelahan Flying Fox.

Lihatlah gambar di bawah..

Wednesday, May 27, 2009

Program Didik Fitrah Remaja 2009



Pada hari Ahad 24/5/09, aku telah mengikuti Program Didik Fitrah Remaja di Kelab Golf Danau UKM, Bangi anjuran Fitrah Power. Sebuah program motivasi remaja dengan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, nasihat dan permainan berkumpulan.

Aku berasa seronok kerana dapat mengenali kawan-kawan baru, fasilitator dan dapat berjumpa dengan Ustaz Ahmad Shukri. Yang paling best adalah ketika latihan dalam kumpulan. Antaranya ialah meletakkan harga diri, memasukkan pen ke dalam botol, membina produk menggunakan straw dan lain-lain lagi.

Cara team Fitrah Power mengendalikan program ini lain dari yang lain kerana sambil-sambil beri motivasi, ada lagu dan muzik yang rentak dan alunannya menenangkan mood kita untuk belajar. Seronok, bersemangat dan tidak mengantuk kerana diperdengarkan lagu-lagu motivasi berunsur nasyid.

Pengasas Fitrah Power memberikan ceramah bertajuk Motivasi Pelajar Cemerlang dan Menghargai Jasa Ibu Bapa. Beliau juga turut memberikan ceramah dalam Slot Bersama Ibu Bapa. Aktiviti-aktiviti lain pula dikendalikan oleh trainer-trainer Fitrah Power.

Jika motivasi ini dibuat selama 3 atau 4 hari memang sangat seronok bagiku kerana aku memang suka program-program motivasi begini terutamanya yang disampaikan oleh pakar-pakar motivasi yang profesional.

Aku harap aku akan dapat berjumpa lagi dengan kawan-kawan, fasilitator dan Pengarah Fitrah Power pada masa akan datang. Insyaallah..

Nak tahu lebih lanjut, sertailah Program Didik Fitrah(PDF).

Thursday, May 14, 2009

Lagu Kesukaanku..

Sama-samalah kita menghayati lagu ini..

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Hari ini adalah hari Ibu sedunia. Saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada ibu yang tersayang. Semoga diberkati Allah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




PS
Bagiku hari ibu adalah setiap hari..

Thursday, April 30, 2009

Kenangan di HELP University College

Hari ini, aku dan ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bersama cikgu kami ke HELP University College kerana ada program Kepimpinan. Kami bertolak pada pukul 6:50 pagi dan tiba pada pukul 7:30 pagi. Buat pertama kalinya aku melihat sebuah kolej swasta yang amat indah apatah lagi kolej itu terletak di bawah tanah. Kami mewakili sekolah kami yang paling awal tiba di sana. Beberapa minit kemudian, wakil daripada sekolah-sekolah lain tiba sehingga penuh 1 dewan.


Kami diarahkan naik bas untuk ke kampus lain. Tibanya di sana aku menikmati juadah yang telah disediakan. Selepas makan, aku berkenalan dengan seorang pelajar Tingkatan 6 serta beberapa kawan-kawannya.

Kami mendengar ceramah mengenai 'Creative Writing' & 'Leadership' serta melakukan aktiviti secara individu dan berkumpulan. Ceramah disampaikan di dalam Bahasa Inggeris. Aku berasa gembira kerana dapat mengikuti ceramah yang telah disampaikan. Ia dapat menambahkan pengetahuan aku...

Monday, March 16, 2009

Pengalaman Motivasi di MAP Training

Pada hari Sabtu yang lepas, aku mengikuti program MAP di Wisma Belia (MAYC) selama 2 hari tanpa bermalam. Aku bertolak dari rumah dan tiba pada pukul 8:30pagi. Aku dapati ramai peserta yang menyertai MAP tersebut. Ada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pelajar universiti.

Aku mendapat banyak panduan di dalam kursus motivasi tersebut yang disampaikan oleh fasilitator-fasilitatornya. Cikgu Rosidi adalah Pengurus Latihan, dia memang seorang fasilitator yang tegas. Ramai pelajar takut dengannya. Begitu juga dengan Ustaz Hakimi. Walaupun beliau banyak membuat kelakar tetapi penyampaiannya mudah difahami dan berkesan. Dia juga tegas. Aku mengenali seorang demi seorang peserta kursus.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya pembentukan matlamat pelajar, strategi pembelajaran aktif (SPA), kemahiran berpidato & lain-lain. Banyak ujian dan latihan dilakukan kepada setiap pelajar untuk mewujudkan keberanian diri dan kebolehan diri untuk bercakap di depan khalayak ramai dan akhirnya berjaya melakukannya.

Pada keesokannya, semua peserta menerima sijil penyertaan daripada Dr Tengku Asmadi kerana telah berjaya menyertai MAP dan diisytiharkan menjadi anak murid MAP. Aku berasa seronok kerana memperoleh banyak kawan baru di sini. Semoga bertemu lagi dengan sahabat-sahabat perjuanganku dan aku harap perhubungan kita berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaallah, amin...

Wednesday, February 25, 2009

Seminar Motivasi & Kerjaya Pelajar Serta Keibubapaan

Pada hari Sabtu yang lepas, aku mengikut ibuku ke Putrajaya kerana ada Seminar Motivasi yang diadakan di tempat kerja ibuku. Aku bertolak dari rumah pada pukul 6 pagi dan tiba di pejabat ibuku pada pukul 7:30 pagi. Kami  bertolak ke Putrajaya dengan menaiki bas MQA.

Kami tiba lebih kurang pada pukul 9 pagi. Aku lihat ramai pelajar-pelajar universiti yang menghadiri majlis tersebut... Mengikut kata ibuku, seminar motivasi ini khas untuk pelajar lepasan SPM. Oleh kerana pesertanya tidak ramai, seminar ini dibuka juga kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Seminar itu bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada 1 petang.

Seminar Motivasi & Kerjaya Pelajar Serta Keibubapaan dirasmikan oleh Pengerusi Puspanita. Apabila beliau tiba, semua orang berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku. Selepas ucapan perasmian, kami ditunjukkan dengan slide show dan kemudian rehat untuk menikmati juadah yang telah disediakan.

Aku mengambil kesempatan melawat ke gerai-gerai pameran berdekatan. Antaranya ialah mengenai p;eluang melanjutkan pengajian ke politkenik dan universiti.. Pada pukul 11:45 pagi, seminar bermula. Banyak perkara yang berfaedah yang aku telah perolehi daripada penceramah motivasi tersebut.

Pada pukul 1:30 petang, seminar berakhir dan kami semua bersurai.

Monday, February 9, 2009

Keputusan Kemasukan Ke SMT Sesi 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Ke SMT Sesi 2009 akan diumumkan pada hari esok iaitu pada hari Selasa 10.Februari.2009.

Keputusan dikeluarkan dari laman web kementerian pelajaran iatu di http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=aplikasi_sekolah&unit=utama&bhs=my. Jika permohonan ditolak, anda harus membuat eRayuan terus kepada sekolah-sekolah teknik yang terdekat.

Sunday, January 25, 2009

Bercuti Di Rumah Tok..

Semalam, kami sekeluarga ke rumah tok di Wangsa Melawati. Selepas sarapan di Bandar Sri Damansara, kami meneruskan perjalanan. Tibanya disana, kami ke Pasar Tani untuk membeli barangan dapur. Selepas membeli, aku mengikut tok dan ayahwan ke Cheras untuk menolong mereka mengemas dan membersih rumah seperti; mengangkat kerusi, meja, menyapu dan lain-lain. Keluargaku tidak ikut..

Pada pukul 1 tengah hari, kami ke surau untuk menunaikan solat zohor.. Kemudiannya, kami ke retoran untuk mengisi perut dan membeli sedikit barangan untuk mengemas rumah. Selepas itu, kami balik ke rumah tersebut untuk menyambung kerja mengemas rumah. Pada pukul 4 petang, segala kerja-kerja mengemas telah siap.., dan kami terus pulang ke rumah di Wangsa Melawati.

Kami bermalam di rumah tok.., aku berasa sungguh letih kerana mengangkat barang-barang.., tapi tidak apalah. Menolong orang dapat banyak pahala, pada malamnya aku berasa pening kepala, selsema dan batuk. Mungkin kerana tolong tok pada paginya., terpaksalah ambil ubat petang ini.

Keesokan harinya iaitu pada hari ini, aku mendapat upah dari ayahwan iaitu RM10. Aku berterima kasih dan bersyukur.. Pada malamnya, aku mengikut ayahwan, tok dan pakngah ke rumah bakal isteri pakngah iaitu Kak Nadia di Ampang. Kami ke sana kerana ada majlis hari jadi Kak Nadia yang ke - 22. Tibanya disana, majlis dimulakan dengan doa dan diikuti memotong kek. Selepas itu, kami makan pelbagai juadah yang telah disediakan seperti nasi, rendang ayam, nasi impit dengan kuah kacang, sate ayam, ayam goreng KFC, kek+air nenas dan puding. Kenyang rasanya, alhamdulillah..

Monday, January 12, 2009

Jamuan Makan

Petang Sabtu yang lalu, aku menghadiri jamuan makan yang diadakan di tepi kolam di perkarangan rumah Safuan. Dia tinggal di kondo berhampiran rumahku. Aku makan pelbagai makanan yang disediakan seperti cucur udang, lemang dengan rendang ayam, nasi impit dengan kuah kacang, roti jala, mee goreng, teh tarik, air sirap dan air batu campur (abc).

Selepas makan, aku bersembang-sembang dengan Safuan tentang persekolahan dan macam-macam lagi. Katanya dia akan ke United Kindom (UK) pada 19.Januari.09 iaitu pada hari Isnin minggu depan mengikuti bapanya yang akan melanjutkan pelajaran di sana. Dia sekeluarga ke sana selama 3 atau 4 tahun, tinggal di sana dan bersekolah di sana. Jadi kena speakingla ye..

Aku pada mulanya bercadang nak bergambar dengan Safuan untuk buat kenangan tapi ketika itu Safuan agak sibuk melayan tetamu dan sedaranya. Jadi tak dapatlah aku bergambar dengan dia. Tak apalah, insyaallah pada masa akan datang aku boleh berjumpa dengannya lagi. Mungkin masa itu dia dah besar.. Selepas bersembang-sembang  dengan Safuan, aku pun meminta izin untuk pulang kerana ketika itu cuaca agak mendung dan nak hujan.

Aku berpesan kepada Safuan supaya berkirim surat kepadaku bila berada di sana nanti. Semoga ikatan persahabatan berkekalan... Aku mendoakan semoga mereka sekeluarga selamat berangkat ke UK.

Saturday, January 10, 2009

Minggu Pertama Persekolahan

Isnin 5 Jan 09 yang lalu, aku kembali ke sekolah untuk menyambung pelajaranku ke Tingkatan 4. Pada hari pertama, kami semua tidak tahu akan diletakkan di dalam kelas apa. Semua pelajar akan ditentukan bidang sama ada sains tulen, sastera ikhtisas atau sastera mengikut keputusan PMR masing-masing. Di sekolahku, ada 5 kelas untuk tingkatan 4. Sains tulen dan sastera masing-masing ada 2 kelas, manakala sastera ikhtisas, 1 kelas.

Pagi Rabu, sekolahku mengadakan Mesyuarat Agong Rumah Sukan. Pada petang Khamis, kami terlibat dalam latihan merentas desa/road run. Ketika latihan, aku sekadar jogging sahaja dan ketika kejohanan diadakan nanti aku akan buat dengan betul-betul, insyaallah. Itulah prinsip aku...

Pada hari Jumaat pula, cikgu memberitahu bahawa aku dimasukkan ke kelas 4 Mahir dalam bidang sastera. Aku bersyukur kepada Allah kerana dapat masuk ke kelas 4 Mahir pada tahun ini. Di dalam kelas, Pn Rohani memilihku sebagai setiausaha kelas. Cikgu memilihku kerana sebelum ini aku ada pengalaman menjadi setiausaha silat dan boleh menjalankan tugas dengan baik.

Friday, January 9, 2009

Selamatkan Palestin !!

Kepada semua umat Islam, marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t untuk menyelamatkan Palestin daripada dizalimi Israel. Sekurang-kurangnya dirikanlah solat sunat hajat secara berjemaah untuk mendoakan keselamatan mereka.

Kenapa Israel (Yahudi) sanggup berbuat demikian kepada umat yang tidak berdosa? Mereka berlaku kejam ke atas rakyat Palestin sehinggakan ramai kanak-kanak, wanita dan orang-orang awam mati dibunuh.

Ya Allah... selamatkan umat Islam daripada terus dizalimi...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Marilah kita bersama-sama mendoakan atas kesejahteraan rakyat Palestin dan mohonlah peperangan cepat ditamatkan.


ALLAHUAKBAR !!!

Sunday, January 4, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah

Persekolahan akan bermula pada hari esok iaitu 5. Januari. 2009 bagi semua pelajar - pelajar. Saya percaya sesetengah pelajar telah mula bersekolah pada hari ini atau esok manakala bagi pelajar yang tinggal di asrama telah balik pada hari ini.

Kepada pelajar - pelajar, binalah azam baru untuk berubah pada tahun 2009 ini. Jadi buatlah jadual harian untuk diri sendiri, jika kita gagal dalam pelajaran pada tahun lepas.., harap pada tahun ini kita lebih cemerlang dalam pelajaran dengan usaha. Tanpa usaha.., sangat sukar untuk kita ubah.

Nasihat saya disini adalah lupakan hiburan - hiburan seperti leka dengan pemain muzik Mp3 / Mp4, tengok kartun, main game sama ada di PC / handphone dan lain - lain. Bina azam baru untuk tahun ini seperti melaksanakan fardu ain dan fardu kifayah yang berfaedah. Jika nak main, tidak salah tapi kita perlu bijak menguruskan masa.

Sebagai contoh, hari ini nak belajar buat karangan dalam bahasa inggeris selama 2 jam, kemudian solat, pukul 5 petang nak bermain badminton dengan kawan - kawan dsb. Itulah contoh jadual harian untuk diri sendiri.., dari duduk rumah tak tau nak buat apa lebih baik buat kerja - kerja berfaedah. Betul tak??

Jadi buatlah perubahan untuk anda sendiri dan usahalah / perbaiki kelemahan yang kita pernah lakukan dahulu. Ucapan saya ialah " Selamat Kembali Ke Sekolah dan Bina Azam Baru " .

Saturday, January 3, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 / 1430 H


Pixel Code Graphics




Pixel Code Graphics