CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Wednesday, May 27, 2009

Program Didik Fitrah Remaja 2009



Pada hari Ahad 24/5/09, aku telah mengikuti Program Didik Fitrah Remaja di Kelab Golf Danau UKM, Bangi anjuran Fitrah Power. Sebuah program motivasi remaja dengan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, nasihat dan permainan berkumpulan.

Aku berasa seronok kerana dapat mengenali kawan-kawan baru, fasilitator dan dapat berjumpa dengan Ustaz Ahmad Shukri. Yang paling best adalah ketika latihan dalam kumpulan. Antaranya ialah meletakkan harga diri, memasukkan pen ke dalam botol, membina produk menggunakan straw dan lain-lain lagi.

Cara team Fitrah Power mengendalikan program ini lain dari yang lain kerana sambil-sambil beri motivasi, ada lagu dan muzik yang rentak dan alunannya menenangkan mood kita untuk belajar. Seronok, bersemangat dan tidak mengantuk kerana diperdengarkan lagu-lagu motivasi berunsur nasyid.

Pengasas Fitrah Power memberikan ceramah bertajuk Motivasi Pelajar Cemerlang dan Menghargai Jasa Ibu Bapa. Beliau juga turut memberikan ceramah dalam Slot Bersama Ibu Bapa. Aktiviti-aktiviti lain pula dikendalikan oleh trainer-trainer Fitrah Power.

Jika motivasi ini dibuat selama 3 atau 4 hari memang sangat seronok bagiku kerana aku memang suka program-program motivasi begini terutamanya yang disampaikan oleh pakar-pakar motivasi yang profesional.

Aku harap aku akan dapat berjumpa lagi dengan kawan-kawan, fasilitator dan Pengarah Fitrah Power pada masa akan datang. Insyaallah..

Nak tahu lebih lanjut, sertailah Program Didik Fitrah(PDF).