CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Saturday, January 10, 2009

Minggu Pertama Persekolahan

Isnin 5 Jan 09 yang lalu, aku kembali ke sekolah untuk menyambung pelajaranku ke Tingkatan 4. Pada hari pertama, kami semua tidak tahu akan diletakkan di dalam kelas apa. Semua pelajar akan ditentukan bidang sama ada sains tulen, sastera ikhtisas atau sastera mengikut keputusan PMR masing-masing. Di sekolahku, ada 5 kelas untuk tingkatan 4. Sains tulen dan sastera masing-masing ada 2 kelas, manakala sastera ikhtisas, 1 kelas.

Pagi Rabu, sekolahku mengadakan Mesyuarat Agong Rumah Sukan. Pada petang Khamis, kami terlibat dalam latihan merentas desa/road run. Ketika latihan, aku sekadar jogging sahaja dan ketika kejohanan diadakan nanti aku akan buat dengan betul-betul, insyaallah. Itulah prinsip aku...

Pada hari Jumaat pula, cikgu memberitahu bahawa aku dimasukkan ke kelas 4 Mahir dalam bidang sastera. Aku bersyukur kepada Allah kerana dapat masuk ke kelas 4 Mahir pada tahun ini. Di dalam kelas, Pn Rohani memilihku sebagai setiausaha kelas. Cikgu memilihku kerana sebelum ini aku ada pengalaman menjadi setiausaha silat dan boleh menjalankan tugas dengan baik.