CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Sunday, January 25, 2009

Bercuti Di Rumah Tok..

Semalam, kami sekeluarga ke rumah tok di Wangsa Melawati. Selepas sarapan di Bandar Sri Damansara, kami meneruskan perjalanan. Tibanya disana, kami ke Pasar Tani untuk membeli barangan dapur. Selepas membeli, aku mengikut tok dan ayahwan ke Cheras untuk menolong mereka mengemas dan membersih rumah seperti; mengangkat kerusi, meja, menyapu dan lain-lain. Keluargaku tidak ikut..

Pada pukul 1 tengah hari, kami ke surau untuk menunaikan solat zohor.. Kemudiannya, kami ke retoran untuk mengisi perut dan membeli sedikit barangan untuk mengemas rumah. Selepas itu, kami balik ke rumah tersebut untuk menyambung kerja mengemas rumah. Pada pukul 4 petang, segala kerja-kerja mengemas telah siap.., dan kami terus pulang ke rumah di Wangsa Melawati.

Kami bermalam di rumah tok.., aku berasa sungguh letih kerana mengangkat barang-barang.., tapi tidak apalah. Menolong orang dapat banyak pahala, pada malamnya aku berasa pening kepala, selsema dan batuk. Mungkin kerana tolong tok pada paginya., terpaksalah ambil ubat petang ini.

Keesokan harinya iaitu pada hari ini, aku mendapat upah dari ayahwan iaitu RM10. Aku berterima kasih dan bersyukur.. Pada malamnya, aku mengikut ayahwan, tok dan pakngah ke rumah bakal isteri pakngah iaitu Kak Nadia di Ampang. Kami ke sana kerana ada majlis hari jadi Kak Nadia yang ke - 22. Tibanya disana, majlis dimulakan dengan doa dan diikuti memotong kek. Selepas itu, kami makan pelbagai juadah yang telah disediakan seperti nasi, rendang ayam, nasi impit dengan kuah kacang, sate ayam, ayam goreng KFC, kek+air nenas dan puding. Kenyang rasanya, alhamdulillah..