CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Wednesday, December 17, 2008

Kenapa Tuhan Menjadikan Kita

Apakah tujuan kita diciptakan? Tuhan tidak menjadikan kita ini sia-sia. Dia mencipta manusia untuk menjadi pemimpin di dunia ini. Kita juga dicipta bertujuan supaya mengabdikan diri kita kepadaNya semata-mata. Setiap makhluk adalah hambaNya, maka setiap hamba wajib mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Satu daripada tugas kita ialah menuntut ilmu. Sebagai manusia, kita perlu berilmu. Setiap ilmu/kebolehan itu perlu dipelajari dan digilap. Jadi, kita perlu belajar dan terus belajar. Ada perkara yang mesti atau wajib kita pelajari iaitu ilmu agama. Dalam ilmu agama, kita sebut fardu ain. Kita belajar asas fardu ain (solat, puasa, zakat, haji dll). Kita boleh mendalami ilmu agama ini, contohnya dalam bidang taranum Al Quran, hadis dsb.

Ilmu-ilmu lain pula adalah fardu kifayah. Ia adalah menjadi tanggungjawab masyarakat. Mesti ada sebilangan ahli masyarakat yang mempelajari ilmu-ilmu ini seperti ilmu kedoktoran, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya.

Selain itu ada bidang-bidang lain yang boleh kita pelajari, antaranya adalah seperti berikut :

  • Akademik - bahasa (BM, BI), SN, MT, SEJ, GEO, KH, PJ dll.
  • Ilmu Mempertahankan Diri - Silat, Tomoi, Kungfu dll.
  • Kesenian - Alat Muzik seperti Gitar, Piano, Drum dll.
Pilihlah bidang ilmu yang kita minat yang tidak bercanggah dengan agama. Yang penting ia berfaedah untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat.

Saya percaya tidak ada seorang pun daripada kita yang mempunyai ilmu/kemahiran dalam semua bidang. Contohnya seorang yang serba boleh seperti berkebolehan bermain semua alat-alat muzik, pandai semua sukan, boleh berlakon pelbagai watak dan menyanyi dengan baik, petah bercakap, mahir dalam beberapa bahasa (BM, BI, bahasa Arab) dll.

Seseorang itu mungkin mempunyai hanya satu atau beberapa ilmu sahaja dan bukan semuanya. Mungkin ada sebilangan kecil yang mempunyai banyak kemahiran. Tetapi dalam masyarakat, ada orang yang pandai satu bidang dan ada orang pandai dalam bidang-bidang lain. Manusia bekerjasama untuk hidup bersama-sama... Yang pandai mengajar yang tidak pandai. Yang tidak pandai kenalah belajar daripada mereka yang pandai.

Perkara asas, semua orang mesti tahu dan perlu belajar. Dari kecil, kita telah belajar mengenal huruf A, B, C, - Z dan nombor 1, 2, 3 ... Kita belajar menulis, mengeja, membaca, mengira, mengenal perkataan, membuat ayat dsb. Apabila besar, kita belajar pelbagai ilmu dan kemahiran lain seperti sukan, bertukang, komputer, memasak, menggosok dan banyak lagi.

Dari tadika masuk ke sekolah rendah, kemudian masuk ke sekolah menengah. Jika keputusan bagus, tukar ke aliran teknik, atau masuk kolej/maktab dan kita belajar pelbagai ilmu lain pula. Lepas SPM/STPM, jika cemerlang kita berpeluang belajar di universiti.

Bukan setakat belajar di sekolah sahaja, kita boleh belajar secara tidak formal dengan memerhati di sekeliling, mengikuti kuliah di TV/radio atau di masjid, membaca buku dan bertanya dengan orang yang pandai. Yang penting sumber ilmu itu betul dan daripada guru-guru yang benar...

Cubalah bayangkan betapa banyaknya ilmu yang ada. Kita cuma perlu belajar dan terus belajar. Tuhan memberikan anugerah ilmu dan kepandaian kepada manusia. Dengan memori yang Tuhan bagi dan segala nikmatnya itu, kita harus gunakan ia ke jalan yang Tuhan redai. Ia adalah untuk kebaikan kita juga.

Jika kita tidak belajar, bagaimana kita nak dapat kepandaian? Orang tua berpesan kita semua mesti belajar sampai mati. Di alam pekerjaan, kita juga akan belajar. Apabila kita mati, maka terputuslah segalanya melainkan 3 perkara yang kita bawa iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan & doa anak yang soleh... Sebab itulah menuntut ilmu itu penting!

Setakat ini dulu yang dapat saya kongsikan bersama kali ini. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikatakan... Insya allah kita sambung lagi cerita kita di lain masa...