CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Thursday, December 11, 2008

Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidiladha

Hari Ahad yang lepas iaitu 7 Disember 2008, kami sekeluarga balik kampung di Pekan, Pahang termasuk dengan Mak Andak. Kami bertolak dari rumah pada pukul 8 pagi. Di dalam perjalanan, cuaca agak mendung dan gelap. Tak lama kemudian, hujan pun turun dengan lebat. Pada hari itu.., hujan turun dengan lebat dari pagi hingga malam tanpa henti - henti.

Kami tiba pada pukul 2 petang, di rumah wan terdapat ramai saudara mara termasuk keluarga masing - masing seperti; keluarga Ayah Andak, keluarga Ayahda, keluarga Paklang, keluarga Pakcu dan 2 saudara kecil iaitu Uteh & Ilya. Mereka juga ingin beraya di rumah wan.. Keluarga Pakcik Fik & Makngah Huda tak ada..., mereka tak beraya di sini.

Pada pukul 5 petang, sebuah lori muncul dengan membawa seekor lembu untuk dikorbankan hari esok (Isnin). Banyak aktiviti yang aku lakukan seperti tolong orang tua untuk membuat persiapan untuk esok, bersembang - sembang dengan saudara mara iaitu tanya mengenai sekolah, bagaimana duduk asrama, jalan - jalan sekitar kampung dan sebagainya.

Keesokan harinya, selepas solat sunat hari raya aidiladha, kami sekeluarga beraya di rumah Maklang. Selepas beraya di rumah Maklang, beberapa orang kampung datang untuk sembelih lembu. Aku tak tengok orang sembelih lembu secara dekat - dekat kerana ketika itu hujan masih turun. Aku tengok dari jauh - jauh, setelah selesai sembelih lembu.., daging diagih - agihkan kepada setiap orang untuk membuat masakan.

Pada petang itu, aku ke rumah Mak Andak Ma dan bermalam di situ. Pada malamnya, aku sempat buka emel di rumah Mak Andak dan bermain game FIFA 08 bersama - sama dengan saudara mara. Pada keesokan harinya, aku ke rumah Toklang kerana ada majlis tahlil. Aku lihat Pakcik Yus iaitu salah seorang tahanan lanun kapal Melati 5, wajahnya ceria kerana dia telah selamat dan bertemu dengan keluarganya. Di rumah Toklang, selepas tahlil., aku makan nasi berlauk + fresh oren.

Selepas makan, kami sekeluarga balik ke rumah wan untuk bersiap - siap pulang. Saat itu, aku berasa sedih untuk tinggalkan rumah wan.., aku tak berasa puas tinggal disana lagipun ada ramai saudara mara dan pelbagai kemudahan seperti Astro & Internet. Kami bertolak pada pukul 4:30 petang.., kami berhenti di perhentian iaitu R & R Seremban pada pukul 8:40 malam. Kami sampai di rumah pada pukul 10:30 malam.., alhamdulillah kami tiba dengan selamat.