CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Thursday, October 30, 2008

Kemasukan SMT 2009

Kepada pelajar-pelajar PMR 2008 yang ingin menyambung pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik pada tahun 2009, boleh memohon secara online mulai sekarang. 


Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Januari 2009

Keterangan lanjut, sila layari http://www.moe.gov.my.

Thursday, October 23, 2008

Filem Kung Fu

Sedutan filem Kung Fu lakonan Jackie Chan daripada YouTube.
Klik http://www.youtube.com/v/BBi2udFHY-Q&hl=en&fs=1 atau tengok video di bawah.

Tuesday, October 21, 2008

Pertunjukan Silat

Aku menerima mesej daripada saudara segayongku pada hari isnin. Dia mengajak aku join silat untuk buat pertunjukan silat depan pengantin pada hari Jumaat ini di Masjid Al-Muttaqin,Wangsa Melawati. Aku tak pasti sama ada aku dapat datang atau tidak? Kerana aku tak ada transport..

Katanya , jika aku tidak sibuk.. dia suruh aku datang Sabtu atau Ahad ni di Wangsa Maju untuk training silat dengan mereka.

Monday, October 20, 2008

Selamat Hari Raya

Walaupun hari ini dah 20hb Syawal, saya yakin anda masih beraya, betul tak? Kita beraya sebulan.. Jadi, di kesempatan ini, walaupun dah nak habis raya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam terutamanya ayah, ibu, adik-adik, sanak-saudara, dan teman-teman. Saya memohon maaf andainya saya ada terkasar bahasa atau telah menyinggung hati semua.


Kepada adik-adik, janganlah terlalu main mercun kerana mercun boleh membawa padah..dan kepada para pemandu "berhati-hatilah ketika memandu", "biar lambat asalkan selamat".

Akhirnya, dapat juga aku menulis ucapan ini.. sebenarnya aku dah lama nak tulis ucapan ini kerana masa itu aku sibuk.

Sunday, October 19, 2008

Apakah Aktiviti Lepas PMR?

Selama 1 minggu dari 13/10 - 17/10 PMR berlangsung, kini ramai pelajar tingkatan 3 telah merdeka kerana habis PMR baru-baru ini. Apa aktiviti mereka?

Meluangkan masa dengan keluarga? Bermain? Bercuti? dan sebagainya. Sebenarnya kita perlu bijak membahagikan masa kerana "Masa itu Emas". Ada sebuah kisah seorang pelajar tingkatan 3 bernama Idris. Baru-baru ini dia telah habis PMR. 3-4 hari, dia begitu asyik bermain sehinggakan lupa pada dunia seperti tidak solat, tidak makan, tidak buat kerja-kerja harian dan sebagainya.Tak salah jika kita bermain.. tetapi kita perlu ingat dunia ini. Apa yang penting, kita perlu laksanakan perintah Allah.. kemudian jika hendak bermain, mainlah..

Contoh aktiviti-aktiviti lepas PMR adalah seperti menyertai Kem-Kem Motivasi, bercuti bersama keluarga, meluangkan masa bersama keluarga dan sanak saudara, beraya dan lain-lain. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh kita buat. Cuma kita sahaja yang tidak sedar.

Dengan ini, kita dapat banyak kesan positif. Badan sihat minda cergas. Tak kiralah periksa apa pun - UPSR, PMR, SPM.. semuanya sama. Habis je periksa.. lupakan pelajaran, salah tu!!

Masa nak main.. main. Waktu belajar.. belajar.. itulah cara membahagikan masa. Pesanan saya adalah "Jadilah orang yang berguna pada keluarga, masyarakat juga negara" & ingat, "Pelajaran itu adalah penting untuk masa depan".

Beraya Rumah Adik-Beradik Wan

Hari ini adalah 19hb Oktober 2008 bersamaan 19 Syawal 1429H. Pada waktu pagi, kami sekeluarga bersarapan di Restoran Kasturi. Lepas sarapan, kami ke IKEA untuk membeli beberapa peralatan barangan rumah. Ibuku membeli bakul sampah, besi penggantung banju, kerusi kecil untuk adikku, cermin untuk bilik air dan lain-lain.

Petang ini, kami bercadang hendak pergi beraya rumah adik-beradik Wan (Pahang) iaitu; Wan Cik di Putrajaya,Wan Teh di Bukit Badong dan Wan Car di Seri Gombak.

Maklumlah baru habis PMR baru-baru ini...

Jalan-Jalan Lepas PMR 2008

Pada hari Sabtu iaitu 18/10/2008, kami sekeluarga pergi rumah terbuka jiran kami di Bandar Sri Damansara. Kemudian kami ke rumah nenek di Wangsa Melawati untuk menjemput mereka pergi ke rumah pengantin lelaki menantu Aki Mi di Ampang.

Pada petangnya kira-kira pukul 6 ptg, aku mengikut tok aku, pak ngah, tok su.. pergi ke gerai makanan seafood yang dikenali Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan di Port Klang. Keluargaku tak dapat ikut kerana ayah aku tidak sihat. Kami tiba di sana pada pukul 8:55 malam.

Restoran itu terletak di tepi pantai. Sebelum makan, kita perlu pilih jenis-jenis ikan apa yang kita nak makan. Bukan ikan sahaja malah sotong, ketam, udang dan lain-l ain. Kemudian barulah order nak masak apa. Contohnya, ikan siakap masak kari, sotong masak cili dsb.

Kami makan di sebuah meja bulat seramai 8 orang terdiri daripada tok, tok su, pak ngah, hafiy, iwan, kak emy, amir termasuk aku. Malam itu, aku makan pelbagai jenis makanan laut seperti ikan pari bakar, ikan siakap, tomyam udang, sotong goreng tepung, sup sayur dgn nasi putih + air fresh oren. Kemudiannya, aku makan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Suasana di situ sungguh aman dengan bunyi ombak.. Ramai pengunjung yang datang menikmati makanan laut di restoran itu. Kami pulang ke rumah pada pukul 10 suku dan samapi kira-kira 11.50 malam. Itulah kenangan aku jalan-jalan makan seafood bersama tok.

Hari Raya Aidilfitri 2008

Pada 30hb September 2008,kami sekeluarga balik kg Melaka..Tibanya di sana kira-kira pada pukul 10.30 pagi.

Petangnya, aku mengikut Tok Li untuk mengambil lemang yang telah dipesan di Simpang Ampat. Sampai kat sana, ramai pelanggan yang menunggu... ada yang datang dari jauh katanya, jadi pak cik lemang meminta kami datang semula selepas berbuka. Pada malamnya aku mengikut Tok Li sekali lagi,untuk mengambil lemang. Kami balik selepas lemang siap kira-kira jam 9.30 malam! Tok Li cakap harga sebatang lemang hanya RM5. Pak cik ini hanya membuat lemang atas permintaan pelanggan yang kenal dia sahaja...

Pagi raya, kami bersolat sunat aidilfitri di masjid Sg. Petai. Solat bermula jam 8.30 pagi. Sebelum solat, imam memberi panduan solat raya. Selepas solat dan khutbah, ada sedikit tahlil dan acara pemberian sumbangan duit raya untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. Kami keluar selepas khutbah sebab kereta ayah aku letak menghalang kereta lain di tepi jalan. Ayah aku bimbang nanti orang lain tak dapat keluar kalau kami lambat.

Kemudian kami ikut beraya di rumah nenek saudara ibu aku di rumah berhampiran. Selepas itu ke rumah keluarga suami Tok Cik. Kami singgah beraya di rumah tok guru mengaji ibu aku. Kami ziarah kubur Moyang Amah, kemudian beraya ke rumah Tok Ngah Yahya... Kami makan mi goreng di rumah Tok Ngah... Akhir sekali kami ke rumah Tok Ngah Piah. Kami tak pergi rumah Tok Cik Rahim sebab tak ada orang.

Pagi raya kedua pula, kami ke rumah Tok Lan. Lepas tu cadangnya nak beraya di rumah Tok Busu dan Tok Long... Tak ada orang! Jadi, kami berpatah balik dan singgah di rumah Tok Cik Rahim.. Kami dihidangkan sup kambing. Ketika kami dah nak balik, tok dan ayah wan baru sampai rumah Tok Cik Rahim. Ayah wan dan tok balik Melaka lepas solat raya di KL kerana menunggu Pak Ngah Faisal... Pak Ngah Faisal terpaksa bekerja pada malam raya.

Selesai beraya di rumah saudara mara di Melaka, kami bersiap-siap bertolak ke Pahang. Pukul 5 petang dari Alor Gajah melalui Selandar, Gemenceh dan Gemas. Sebelum Segamat, masuk simpang kiri arah ke Kuantan. Tiba di Muadzam Shah pada kira-kira jam 8 malam dan tiba di kampung jam 9 malam.

Jumaat, ramai saudara mara abah datang beraya. Lepas Isyak, kami beraya ke rumah baru Mak Andak Ma di Nenasi.... besar dan luas rumah Mak Andak. Aku bermain mercun dan bunga api bersama Fakhruddin dan Faris di laman rumah mereka...

Sabtu, selain beraya ke rumah saudara mara abah, kami ke majlis kahwin anak Ketua Kampung dan ke majlis bertunang sepupu abah. Sabtu malam, kami bersiap menunggu kepulangan P’cik Yus... Mereka lambat sampai sebab singgah di rumah Wan Car di KL, kemudian ke rumah saudaranya di Kuantan dan Pekan. Pak Cik Yus lebih sebulan ditahan sebagai tebusan! Dia salah seorang anak kapal Melati 5. Dia jurutera marin... Ada ceritanya dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan Harian Metro...

Pagi Ahad, Pakda dan Makda sekeluarga tiba di kampung. Kira-kira 11 pagi, kami bertolak balik ke KL melalui Muadzam Shah ke arah Kuala Pilah. Kami sampai di Ulu Bendul jam 3 petang dan sampai di PJ kira-kira jam 5 petang. Kami singgah solat sebentar di Seksyen 14. Kami selamat tiba rumah dah pukul 6 lebih. Alhamdulillah. Walaupun kereta banyak tetapi perjalanan lancar dan OK...