CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Saksikan Al-Kulliyyah petang ini jam 5-6 , tajuknya Naskah Teragung oleh Ust Mohd Nazim Abd Kadir"

Saturday, September 6, 2008

Etika Menulis

Baca ringkasan etika menulis sebagai panduan di sini.

Tuesday, September 2, 2008

10 Tips tingkatkan keyakinan diri

Berikut adalah tips yang aku catit dari sebuah buku yang sangat baik sebagai panduan kita semua. Nanti aku cuba dapatkan nama buku itu... kalau jumpa. Berkongsi ilmu itu sangat dianjurkan.

"1. FIKIRKAN BOLEH

Tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini. Segalanya boleh terjadi dengan usaha dan cubaan tanpa henti. Jangan mengalah sebelum mencuba. Malah kamu tidak akan berasa rugi kerana mencuba. Sekurang-kurangnya kamu boleh berbangga dengan diri sendiri kerana kamu berbeza dengan individu lain di dunia ini. Kelebihan kamu yang paling nyata ialah kamu berani mencuba dan berfikiran positif. Sematkan di minda dan hati bahawa kamu boleh melakukannya.

2. TIDAK BERJAYA, BELUM TENTU GAGAL!!

Jangan cepat melabel diri sebagai seorang yang GAGAL! Kesannya amat buruk sekali. Dalam hidup ini,kegagalanlah yang menjadikan seseorang itu berjaya hingga ke akhirnya jika ia di pandang dari sudut positif. Malah ramai individu yang berjaya di dunia ini bermula dengan kegagalan. Kenapa perlu takut untuk gagal? Kamu seharusnya menggunakan kegagalan itu sebagai pemangkin kepada kejayaan akan datang. Jangan takut gagal ya.

3. BERDIKARI

Sekiranya kamu menggilai kejayaan,hindari diri dari terlalu bergantung dengan orang lain. Setiap manusia di dunia ini mempunyai kelebihan tersendiri. Kamu juga tidak terkecuali malah tanpa kamu sedari sebenarnya kamu memiliki kelebihan tersendiri yang mampu membawa kamu mengecap erti sebuah kejayaan. Justeru,kamu perlu mengetahui potensi diri dan berusaha untuk menggunakannya dengan cara yang sewajarnya.

4. BERFIKIR SECARA KREATIF

Dengan kreativiti yang kamu miliki tidak mustahil kamu mampu melihat sesuatu yang lebih dari mata kasarmu. Kadangkala perkara itu tidak sesukar yang disangka. Ia menjadi sukar apabila kamu menyempitkan fikiran dan akhirnya terhimpit,tersepit dan secara tidak langsung kamu kehilangan motivasi diri. Untuk itu kamu perlu belajar untuk lebih kreatif supaya mudah bagimu menempa kejayaan yang diidam-idamkan.

5. BERSIKAP POSITIF DAN OPTIMIS

Menyentuh mengenai sikap positif dan optimis ini,kamu perlu sentiasa beringat bahawa langit itu tidak selalunya mendung dan tetap juga cerah. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat yang Tuhan berikan. Berusahalah dengan sebaik mungkin agar kamu dapat merealisasikan hasrat yang terpendam di jiwa. Sentiasa berfikiran positif dan optimis mampu merungkai segala kesulitan dan kerumitan yang menyelubungi diri.

6. BERILAH SEDIKIT MASA UNTUK BERJAYA

Ia seperti kamu bercucuk tanam. Mengambil masa yang cukup lama untuk menantikan hasilnya. Kamu perlu menggemburkan tanah,menyemai benih, menyiram,menyembur racun dan pelbagai usaha dan cara lain lagi hinggalah kamu berjaya menikmati hasilnya. Namun begitu, kadang-kala hasil tersebut tidak begitu memuaskan hati apabila tanaman dimakan haiwan liar dan serangga, dirosakkan atau tidak menjadi seperti yang kamu harapkan. Tetapi jangan berasa gundah gulana kerana lambat tahun kamu bakal menerima hasil yang akan menggembirakanmu. Jadi nikmatilah hasil itu dengan sebaik-baiknya.

7. RUJUK MATLAMAT HIDUP

Sebelum kamu melangkah lebih jauh,ingatkan diri terlebih dulu, adakah kamu berada di atas landasan yang betul? Sekiranya ya,jangan cuba untuk menginjakkan diri darinya. Kamu tidak akan tersesat haluan dan ikutilah perancangan yang telah dilakukan serta tingkatkan usaha malah kalau boleh lipat gandakan ia supaya apa yang kamu mahukan menjadi kenyataan.

8. PERTINGKATKAN ILMU DAN KEMAHIRAN

Mungkin bukan kerana kamu tidak boleh berjaya,tetapi ada beberapa kelengkapan lain yang masih belum kamu miliki sepenuhnya. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Kamu boleh mendapatkan kedua-dua 'sumber' penting itu dari pendidikan formal mahupun tidak formal. Tetapi terdapat satu 'sistem pendidikan' yang mempunyai kesan yang sangat hebat iaitu pengalaman. Belajarlah darinya!!

9. FAHAMI FITRAH ALAM

Kejayaan bukan suatu perkara yang mudah. Orang yang berjaya di dunia kini pun,pernah mengalami jatuh bangun dalam hidupnya. Jika kamu ingin menjadi seorang yang tewas,ia amat mudah. Itulah hukum alam,senang untuk menjadi buruk. Umpama memetik jari tetapi untuk menjadi seorang yang baik dan berjaya,terlalu banyak halangan dan cabaran yang perlu kamu tempuhi. Jadi bersabarlah dengan apa yang dilalui dan terima dengan hati terbuka.

10. INGATI TUHAN

Perkara terakhir yang kamu boleh lakukan ialah buatlah sesuatu berdasarkan kebenaran dari Tuhan pasti bersama kamu. Dia sentiasa melihat dirimu dan memberi petunjuk sekiranya kamu meletakkan dia paling dalam di dasar hati kecilmu itu. Malah tidak keterlaluan dikatakan sekiranya kamu melakukan setiap perkara dengan mengingati-Nya supaya setiap keputusan yang kamu ambil diberkati dan menjamin keharmonian hidupmu kelak."


Monday, September 1, 2008

1 Ramadan 1429H

Selamat Berpuasa. Gunakanlah blog ini sebagai medium untuk melatih kemahiran dalam bidang penulisan.